M-21
PENJAGAAN DAN PEMBERSIHAN
Putuskan kord bekalan kuasa elektrik sebelum melakukan kerja-kerja pembersihan atau biarkan pintu ketuhar
terbuka untuk menjadikan ketuhar tidak aktif semasa membersihkannya.
MEMBERSIHKAN KETUHAR SECARA KERAP
- Pastikan ketuhar bersih dan buang apa-apa sisa makanan, jika tidak
permukaan boleh rosak. Ini boleh menjejaskan hayat perkakasan dan mungkin menyebabkan situasi berbahaya.
Bahagian luar:
Bahagian luar boleh dibersihkan dengan sabun lembut dan air suam, dilap bersih dengan kain lembap. Elak
daripada menggunakan alat penggosok yang kasar. Pastikan lohong-lohong ventilasi dan plag pembekal
kuasa bebas habuk.
Pintu:
Lap pintu (termasuk kedua-dua bahagian tingkap pintu ketuhar dan permukaan penutup pintu) dan bahagian-
bahagian yang bersebelahan dengan kerap menggunakan kain yang lembap untuk menanggalkan sebarang
limpahan atau percikan. Jangan gunakan bahan-bahan pencuci lelas.
Panel Kawalan Dengan Sentuhan:
Lap panel dengan kain yang dilembapkan dengan sedikit air sahaja.
Jangan gosok atau gunakan sebarang pencuci bahan kimia. Elak daripada menggunakan air yang berlebihan.
Dinding dalaman:
Untuk membersihkan permukaan dalam, lapkan dengan kain lembut dan air suam. Selepas ketuhar digunakan,
lap penutup hala gelombang di dalam ketuhar dengan kain lembut yang lembap untuk menanggalkan
sebarang percikan makanan. Timbunan percikan akan menyebabkan asap atau terbakar. Jangan keluarkan
penutup hala gelombang. JANGAN GUNAKAN PEMBERSIH KETUHAR KOMERSIAL, PENGGOSOK ATAU
PEMBERSIH KASAR DAN KAIN PENGGILAP UNTUK MEMBERSIHKAN MANA-MANA BAHAGIAN KETUHAR
GELOMBANG MIKRO. JANGAN GUNAKAN SEBERANG SPRAY PEMBER SIH KETUHAR UNTUK MEMBER
SIHKAN MANA-MANA BAHAGIAN KETUHAR ANDA. Elak daripada menggunakan air yang berlebihan.
Selepas membersihkan ketuhar, pastikan semua air dilap kering dengan tuala lembut.
Piring putar/Roda penetap:
Bersihkan dengan air sabun yang lembut dan keringkan secara menyeluruh.
PEMERIKSAAN SEBELUM PANGGILAN SERVIS.
Sila semak perkara-perkara yang berikut sebelum membuat panggilan servis:
1. Adakah paparan bercahaya?
YA _______ TIDAK _______
2. Apabila pintu dibuka, adakah lampu ketuhar menyala?
YA _______ TIDAK _______
3. Masukkan secawan air (anggaran 250ml) di dalam ukuran gelas ke dalam ketuhar dan tutup pintu dengan
baik-baik. Lampu ketuhar harus padam sekiranya pintu ketuhar ditutup dengan elok. Tekan pad INSTANT
COOK/START sekali.
A. Adakah lampu ketuhar menyala?
YA _______ TIDAK _______
B. Adakah kipas penyejuk berfungsi?
YA _______ TIDAK _______
(Letakkan tangan anda di belakang lubang edaran udara).
C. Adakah piring putar berpusing?
YA _______ TIDAK _______
(Piring putar boleh berpusing mengikut arah jam dan lawan jam. Ini adalah biasa).
D. Selepas satu minit, adakah nada bunyi kedengaran dan penunjuk
MASAK terpadam?
YA _______ TIDAK _______
E. Adakah air di dalam ketuhar panas?
YA _______ TIDAK _______
Sekiranya “TIDAK” ialah jawapan kepada salah satu daripada soalan-soalan di atas, sila periksa soket dan
fi us di dalam peti meter anda.
Sekiranya kedua-dua soket dan fi us adalah berfungsi dengan elok, HUBUNGILAH PUSAT SERVIS ANDA
YANG TERDEKAT YANG DILULUSKAN OLEH SHARP.
Perhatian:
1. Sekiranya masa di atas paparan bergerak menurun dengan cepat, periksa Mod Demonstrasi.
(Sila rujuk kepada mukasurat M-20 untuk butiran lanjut).
2. Jika anda memasak makanan melebihi 40 minit dengan kuasa tinggi, kuasa ketuhar akan
mengurang secara automatik bagi mengelakkan kepanasan melampau.
SPESIFIKASI
Voltan AC
: Rujuk kepada plet penilaian di belakang ketuhar.
Kuasa AC Yang Diperlukan
: 1.6kW
Kuasa Output
: 1100W*(Ujian Prosedur IEC)
Frekuensi Gelombang Mikro
: 2450 MHz (Kelas B/Kumpulan 2)**
Ukuran Luar
: 520mm(L)x310mm(T)x448mm(P)
Ukuran Ruang Dalam
: 375mm(L)x226mm(T)x387mm(P)***
Kapasiti Ketuhar
: 33 liter***
Keseragaman Masakan
: Sistem piring putar (dulang 320mm)
Berat
: Anggaran 16kg
* Ukuran ini adalah berdasarkan ukuran piawai yang digunakan oleh “International
Electrotechnical Commision“ untuk mengukur kuasa.
** Ini adalah klasifi kasi mengenai peralatan ISM (industri, sains dan perubatan) seperti mana
diterangkan dalam Standard Antarabangsa CISPR11.
*** Kapasiti dalaman dihitung dengan mengukur ketebalan, kedalaman dan ketinggian maksimum.
Kapasiti sebenar untuk isian makanan adalah kurang daripada itu.
R-360N(R) [03MA]_01-21.indd 21
R-360N(R) [03MA]_01-21.indd 21
3/3/08 12:41:39 PM
3/3/08 12:41:39 PM