M-2
MALA
YSIA
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
S
ila baca arahan ini dengan teliti sebelum menggunakan unit ini.
Apabila menggunakan perkakas elektrik, langkah berjaga-jaga keselamatan
asas hendaklah diikuti, termasuk yang berikut:
AMARAN
- Untuk mengurangkan risiko kejutan elektrik, kebakaran atau kecederaan :
• J
angan kendalikan suis ketika memandu. (Perbuatan sedemikian boleh
menyebabkan kemalangan.)
• Jangan pasang unit di tempat yang boleh menghalang penglihatan ke hadapan,
operasi pemanduan, atau di tempat yang boleh membahayakan penumpang.
(Perbuatan sedemikian boleh menyebabkan kemalangan atau kecederaan.)
• Jangan letakkan di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari terus.
(Perbuatan sedemikian boleh menyebabkannya meleding atau malfungsi.)
• Unit ini direka secara eksklusif untuk kegunaan dalam kenderaan dengan
bateri 12V. Jangan gunakannya dalam kenderaan lain. Jangan gunakan unit
ini dalam trak besar, bas atau kenderaan lain dengan bateri 24V. (Perbuatan
sedemikian boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.)
• Jangan rosakkan atau ubah suai kord. Selain itu, jangan gunakan kord jika ia
telah rosak. (Bahagian yang rosak boleh mengakibatkan litar pintas dan kord
boleh mencair, menyebabkan kebakaran.) Jika kord rosak, hubungi kedai
tempat anda membuat pembelian atau pusat servis SHARP yang sah.
• Jangan tarik kordnya apabila hendak menanggalkan palam penyesuai kereta
atau pemalam USB Mikro. (Perbuatan sedemikian boleh merosakkan kord,
menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.)
• Jangan memalamkan atau menanggalkan palam penyesuai kereta atau palam
UBS Mikro menggunakan tangan yang basah. (Perbuatan sedemikian boleh
menyebabkan kejutan elektrik.)
• Apabila memindahkannya, berhati-hati supaya tidak menjatuhkan unit atau ia
boleh menyebabkan kejutan elektrik. (Perbuatan sedemikian boleh menyebabkan
kecederaan atau kerosakan.)
Jika unit terjatuh atau didapati rosak, hubungi kedai tempat anda membuat
pembelian atau pusat servis SHARP yang sah.
Penggunaan berterusan unit yang rosak boleh menyebabkan kebakaran atau
kejutan elektrik.
• Jangan ubah suai unit. Selain itu, tiada sesiapa dibenarkan untuk membuka
atau membaiki unit selain daripada pembaiki yang dibenarkan. (Perbuatan
sedemikian boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik atau kecederaan.)
Hubungi kedai tempat anda membuat pembelian atau pusat servis SHARP
yang sah untuk pembaikan.
• Jangan tumpahkan minuman atau jatuhkan abu rokok, objek logam, objek mudah
terbakar, dll., ke dalam unit melalui salur keluar udara atau salur masuk udara.
Harus lebih berhati-hati jika terdapat kanak-kanak dalam keluarga anda. Jika air
IG-GC2_MY.indd 2
IG-GC2_MY.indd 2
6/13/2559 BE 6:32 PM
6/13/2559 BE 6:32 PM