- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Jauhkan perkakas dan kordnya dari capaian kanak-kanak.
- Jangan biarkan kord sesalur kuasa dan hos bekalan bersentuhan dengan plat tapak seterika yang panas.
- Jika stim keluar dari bawah tukup bilas Pembersihan Kerak semasa perkakas menjadi panas,
matikan perkakas dan ketatkan tukup bilas Pembersihan Kerak. Jika stim terus keluar semasa
perkakas menjadi panas, matikan perkakas dan hubungi pusat servis yang diluluskan oleh Philips.
- Jangan sekali-kali tanggalkan tukup bilas Pembersihan Kerak apabila tangki stim panas.
- Jangan gunakan tukup lain pada tangki stim selain daripada tukup bilas Pembersihan Kerak yang
telah dibekalkan bersama perkakas ini, kerana tukup ini juga berfungsi sebagai injap keselamatan.
awas
- Jika perkakas disediakan dengan plag yang dibumikan, ia mesti dipasangkan ke dalam soket
dinding yang dibumikan.
- Periksa kord dan hos bekalan dengan kerap untuk mencari apa-apa kerosakan.
- Sentiasa letak dan gunakan seterika dan tangki stim pada permukaan yang stabil, rata dan mendatar.
- Tempat letak dan tapak plat seterika boleh menjadi amat panas dan boleh menyebabkan kelecuran
jika tersentuh. Jika anda hendak mengalihkan tangki stim, jangan sentuh tempat letaknya.
- Selepas anda selesai menyeterika, semasa anda membersihkan perkakas dan juga apabila anda
membiarkan seterika walaupun sebentar: letakkan seterika pada alas letak seterika, matikan
perkakas dan cabut plag sesalur dari soket dinding.
- Bilas tangki stim dengan kerap menurut arahan dalam bab ‘Membersih dan menyelenggara’.
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
sebelum penggunaan pertama
1
Menanggalkan pelekat atau kerajang pelindung dari plat tapak dan bersihkannya dengan kain lembut.
2
Bukakan dan luruskan kord sesalur dan hos bekalan sepenuhnya.
3
Letakkan tangki stim pada permukaan yang stabil dan rata.
4
Letakkan seterika pada dirian seterika.
Bersedia untuk menggunakan
isi tangki air sebelum menggunakannya
Nota: Anda boleh mengisi tangki air pada bila-bila masa, juga semasa digunakan (lihat bahagian ‘Mengisi
semula tangki air’).
Jangan sekali-kali tenggelamkan tangki stim di dalam air. Jangan masukkan minyak wangi, cuka, kanji,
agen penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan atau bahan kimia lain ke dalam tangki air.
1
Buka tudung corong isian. (Gamb. 2)
2
Isikan tangki air dengan air paip sejuk sehingga paras maksimum (Gamb. 3).
Nota: Jika air paip di kawasan anda amat liat, kami menasihatkan supaya anda mencampurkannya
dengan jumlah air suling yang sama banyak, atau gunakan air suling sahaja.
Bahasa MElayu
32
Содержание SHAVER 7300 SERIES
Страница 1: ...User manual 用户手册 Question 有疑问 Contact Philips 请联系飞利浦 GC7330 GC7320 GC7240 GC7230 GC7220 ...
Страница 2: ......
Страница 3: ...1 ...
Страница 4: ......
Страница 30: ...한국어 30 ...
Страница 74: ...74 ...
Страница 75: ...75 ...
Страница 76: ...76 ...
Страница 77: ...77 ...
Страница 78: ...78 ...
Страница 79: ...79 ...
Страница 80: ...80 ...
Страница 81: ...81 ...
Страница 82: ...82 ...
Страница 83: ...83 ...
Страница 84: ...84 ...
Страница 85: ...85 ...
Страница 86: ...86 ...
Страница 87: ...87 ...
Страница 88: ...88 ...
Страница 89: ......
Страница 90: ...2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 ...
Страница 91: ......
Страница 92: ...4239 000 8736 1 ...