1
Untuk menyambungkan alat ceruk, masukkan tiub atau gegenggam tangan sambil
memusingkannya sedikit.
Muncung kecil
- Anda boleh menggunakan muncung kecil untuk membersihkan kawasan kecil, contohnya tempat
duduk kerusi dan sofa (Gamb. 10).
- Anda boleh sambungkan muncung kecil kepada tiub atau terus kepada gegenggam tangan pada
hos.
1
Untuk menyambungkan muncung kecil, masukkan tiub atau gegenggam tangan sambil
memusingkannya sedikit.
Menggunakan perkakas
Memvakum
1
Tarik kord sesalur kuasa keluar daripada perkakas dan masukkan plag ke dalam soket dinding.
2
Tekan butang hidup/mati pada bahagian atas perkakas menggunakan kaki anda
untuk menghidupkan perkakas (Gamb. 11).
Melaraskan kuasa sedutan
Semasa memvakum, anda boleh melaraskan kuasa sedutan menggunakan:
- gelangsar pada gegenggam tangan hos, atau (Gamb. 12)
- kawalan kuasa sedut elektronik pada pembersih vakum (Gamb. 13).
Nota: Gunakan kuasa sedutan maksimum untuk memvakum permaidani yang sangat kotor dan lantai
keras. Gunakan kuasa sedutan minimum untuk memvakum langsir, alas meja dll.
Menyimpan tiub
- Jika anda hendak berhenti seketika, masukkan rabung pada muncung ke dalam slot perletakan
agar tiub dalam kedudukan yang memudahkan (Gamb. 14).
Penyimpanan
1
Matikan perkakas dan keluarkan plag sesalur kuasa daripada soket dinding.
2
Tekan butang gulung semula kord untuk menggulung kord (Gamb. 15).
3
Selepas digunakan, simpan alat ceruk di dalam pemegangnya (Gamb. 9).
4
Letakkan perkakas pada keadaan tegak dan masukkan rabung pada muncung lantai ke dalam
slot penyimpanan pada perkakas (Gamb. 16).
Mengosongkan beg habuk boleh guna semula
Anda hendaklah mencabut plag perkakas setiap kali anda hendak mengosongkan beg habuk boleh
guna semula.
- Kosongkan beg habuk sebaik sahaja penunjuk beg habuk penuh bertukar warna secara kekal,
iaitu walaupun semasa muncung tidak diletakkan di atas lantai (Gamb. 17).
Mengosongkan beg habuk boleh guna semula
1
Letakkan jari anda di bawah tab pelepas (1) dan buka ruang beg habuk (2) (Gamb. 18).
2
Tarik tab penempat beg habuk (1) ke hadapan dan alihkan beg habuk (2) (Gamb. 19).
3
Untuk mengosongkan beg habuk, kibas kandungannya di atas tong sampah.
Bahasa MElayu
23
Содержание FC8189
Страница 1: ...FC8189 ...
Страница 2: ...2 ...
Страница 3: ...3 2 9 10 11 3 4 5 6 7 14 16 18 19 20 21 24 22 26 25 27 28 8 13 12 17 15 1 23 1 ...
Страница 4: ...4 ...
Страница 5: ...FC8189 English 6 Indonesia 11 한국어 16 Bahasa Melayu 21 ภาษาไทย 26 TiếngViệt 30 繁體中文 35 简体中文 39 ...
Страница 43: ...43 ...
Страница 44: ...44 ...
Страница 45: ...45 ...
Страница 46: ...46 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 ...
Страница 47: ...47 22 23 24 25 26 ...
Страница 48: ...4222 003 3531 1 ...