Bahasa Melayu
Maklumat keselamatan penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan aksesorinya dan
simpan untuk rujukan pada masa hadapan. Aksesori yang dibekalkan mungkin berbeza-beza untuk
berlainan produk.
Bahaya
- Jangan memvakum air atau sebarang cecair lain. Jangan sekali-kali sedut bahan mudah bakar dan
jangan sedut abu selagi abu itu belum sejuk.
- Jangan sekali-kali merendam perkakas atau penyesuai
dalam air atau sebarang cecair lain, atau
membilasnya di bawah paip.
Amaran
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada penyesuai adalah berpadanan dengan voltan
sesalur kuasa tempatan anda sebelum anda menyambungkan perkakas ini.
- Pastikan anda memeriksa perkakas dan penyesuai setiap kali sebelum menggunakannya. Jangan
gunakan perkakas atau penyesuai
sekiranya rosak. Bahagian yang rosak hendaklah digantikan
dengan jenis yang asli sahaja.
- Jangan gunakan perkakas atau penyesuai
sekiranya rosak.
- Jika penyesuai rosak, sentiasa gantikan dengan jenis asli bagi mengelakkan bahaya.
- Jangan buka perkakas tersebut untuk menggantikan bateri boleh cas semula.
- Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk menggantikannya dengan
plag lain, kerana ini membawa kepada situasi berbahaya.
- Untuk mengelakkan kerosakan, jangan masukkan
minyak bereter
atau bahan yang serupa dalam
tangki air atau membiarkan perkakas menyedutnya.
- Jangan angkat atau condongkan muncung apabila tangki air dipasang dan penuh,
kerana air
mungkin akan tersembur keluar daripada tangki air.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan dengan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
- Jauhkan perkakas dan kordnya dari capaian kanak-kanak.
- Cabut palam daripada soket sesalur sebelum membersihkan atau menyelenggarakan perkakas.
Awas
- Hanya cas perkakas dengan penyesuai
yang dibekalkan. Semasa mengecas, penyesuai terasa
panas untuk disentuh. Ini perkara biasa.
- Jangan pasang palam,
cabut palam
atau kendalikan perkakas dengan tangan yang basah.
- Jangan cabut palam perkakas dengan menarik kord. Sentiasa cabut palam dengan menarik palam
kecil (Raj. 1) keluar daripada perkakas dan penyesuai keluar daripada soket dinding (Raj. 2).
- Sentiasa matikan perkakas selepas menggunakannya dan apabila anda mengecasnya.
- Jangan sekali-kali menghalang bukaan udara ekzos semasa memvakum.
- Selalu gunakan pembersih vakum dengan unit turas yang dipasang.
- Pastikan bahawa perkakas ini dipasang dengan lekapan dinding yang dilekapkan pada dinding,
mengikut arahan dalam manual pengguna.
7
Bahasa Melayu
Содержание FC6171/81
Страница 1: ......
Страница 2: ......
Страница 39: ......
Страница 40: ...1 2 2 1 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 11 ...
Страница 41: ......