Prime Freeze (Pembeku Terbaik)
Kenyataan
●
Sentiasa letakkan makanan di atas pinggan pemindahan haba aluminium untuk penyejukan
paling berkesan.
●
Apabila makanan panas atau basah diletakkan dalam pinggan pemindahan haba aluminium
tanpa penutup atau filem lekap, permukaan makanan boleh beku atau fros boleh terbentuk
di dalam bahagian Penyejuk Beku. Jika anda risau, gunakan penutup atau filem lekap.
●
Jika makanan yang dimasak masih berada pada suhu tinggi, ia hendaklah disejukkan
kepada kira-kira 70 °C sebelum dimasukkan ke dalam bekas Pembeku Terbaik.
●
Meninggalkan botol kaca atau tin dalam petak ini boleh membawa risiko pecah, retak atau
rosak.
●
Jangan simpan makanan yang lebih tinggi daripada bekas Pembeku Terbaik untuk
mengelakkan pintu bahagian tidak boleh ditutup sepenuhnya, menyebabkan fros dan
merosakkan makanan dan bekas makanan.
●
Jangan sentuh bekas simpanan logam secara langsung dengan tangan yang basah,
kerana terdapat risiko luka beku.
●
Semasa mod operasi bahagian Pembeku Terbaik (Penyejuk Beku):
• Mod ECONAVI akan dihentikan.
• Bunyi kipas akan lebih bising.
• Penggunaan kuasa lebih tinggi daripada normal.
• Jika mod Pembuatan Ais Pantas ditetapkan, Pembeku Terbaik (Prime Freeze) akan
dihentikan.
• LED bahagian Pembeku Terbaik akan menyala apabila sistem nyahfros beroperasi dan akan
berhenti menyala apabila operasi nyahfros selesai. Ini adalah fenomena biasa.
●
Apabila mod bahagian Pembeku Terbaik (Prime Freeze) tidak digunakan, bahagian ini boleh
juga digunakan sebagai sebahagian dalam bahagian Penyejuk Beku.
• Makanan yang kecil boleh disimpan untuk memudahkan pencarian.
• Suhu di petak ini mungkin lebih tinggi daripada suhu seluruh bahagian Penyejuk Beku.
Untuk penyimpanan jangka panjang, sila pindahkan makanan ke bahagian Penyejuk Beku.
Mod Pembuat Ais Pantas
Apabila menetepkan mod pembuatan ais pantas, peti sejuk akan meningkatkan kapasitinya
untuk mengurangkan masa membuat ais.
Bagaimana mengendalikan Mod Pembuat Ais Pantas
Lampu menyala: Mod pembuatan ais pantas
beroperasi.
Lampu padam: Mod pembuatan ais pantas
tidak beroperasi.
●
Tekan “ikon” Pembuatan Ais Pantas dua kali berturut-
turut untuk memulakannya. Kemudian, lampu ikon mod
pembuatan ais pantas akan menyala.
●
Apabila anda ingin menghentikan mod pembuatan ais
pantas, tekan “ikon” Pembuatan Ais Pantas skali hingga
lampu padam.
Kenyataan
●
Apabila mod pembuatan ais pantas berjalan, mod yang berikut, jika sedang aktif, akan berhenti:
• Mod “Quick Freezing” (Penyejukbekuan Pantas)
• Mod pembeku lembut baharu (Prime Fresh+)
• Mod kompartmen peti beku berkelajuan tinggi (Prime Freeze)
• Mod penutupan pembuat ais automatik (Auto Ice Off)
20