49
Bahasa Melayu
Lampiran
Bunyi
Bunyi berdesir
●
Letakkan peti sejuk di atas lantai yang keras dan rata, pastikan kedua-dua kaki
boleh larasnya menyentuh lantai dan tetapkan kedudukan peti sejuk. (Hal. 32)
●
Adakah bahagian sisi atau belakang peti sejuk atau kord kuasa terkena
pada dinding atau perabot di sekitar peti sejuk?
→ Pastikan peti sejuk tidak menyentuh objek yang berada di sekitarnya.
Bunyi bising mengganggu
saya.
●
Pemampat atau kipas boleh menghasilkan bunyi yang kuat apabila peti sejuk
menjadi sejuk, seperti apabila peti sejuk masih belum sejuk sejurus selepas
pemasangan, pintu sering dibuka dan ditutup, suhu di sekeliling peti sejuk
tinggi atau Pembekuan Segar ditetapkan kepada ON. Ini bukannya abnormal.
→ Apabila peti sejuk telah disejukkan, bunyi yang menjadi perlahan.
Bunyi ketukan
●
Apabila lantai tidak rata atau pintu ditutup dengan kuat, peti sejuk akan
bergegar dan menghasilkan bunyi.
→ Letakkan plat di bawah peti sejuk bagi mengelakkannya daripada
bergegar. (Hal. 32)
Terdapat bunyi bising
sepanjang masa.
●
Ini kerana kelajuan putaran pemampat disesuaikan dengan kawalan
penyongsang. (Bunyi bising mungkin tidak akan berhenti tetapi ini
bukanlah sesuatu yang tidak normal.)
Badan
Bahagian atas peti sejuk panas.
●
Bahagian mekanikal mengalirkan haba. (Hal. 33)
Panel depan (atau tepi)
panas.
●
Permukaan tepi kiri dan kanan akan menjadi panas untuk mengeluarkan
haba yang dihasilkan ketika sistem pendingin beroperasi. Suhu boleh
mencapai 50 °C hingga 60 °C (ketika suhu sekeliling adalah 30 °C) selepas
pemasangan atau pada musim panas.
Permukaan sisi kelihatan
meleding.
●
Semasa proses pembuatan, permukaan mungkin meleding atau beralun,
tetapi ini bukanlah sesuatu yang tidak normal.
Paparan
Tetapan suhu di panel
kawalan berkelip.
●
Adakah suhu petak peti sejuk atau petak pembeku telah dilaraskan
secara terperinci? (Hal. 46)
→ Apabila suhu ditetapkan secara terperinci, penunjuk akan berkelip.
Batalkan tetapan. (Hal. 46)
Pintu
Pintu berat apabila membukanya
sejurus selepas menutup.
●
Udara masuk ke bahagian dalam sejuk secara tiba-tiba. Tekanan dalaman menjadi
lebih rendah dari udara luar seketika. Pintu seolah-olah ditarik ke arah dalam.
Magnet tidak melekat pada pintu.
●
Pintu dibuat daripada kaca. Magnet tidak melekat.
Membuat ais
Ais tidak dapat dibuat.
●
Apabila anda menggunakan peti sejuk untuk kali pertama, ais akan dibuat
selepas bahagian dalam cukup sejuk. (24 jam atau lebih mungkin diperlukan.)
●
Pastikan [AUTO ICE OFF] tidak ditetapkan. (Hal. 41)
●
Tolak tangki bekalan air sejauh yang mungkin ke arah dalam. Tolak dulang
pembuatan ais ke dalam sehingga anda mendengar bunyi klik. (Hal. 41)
●
Pastikan bahawa dulang pembuatan ais telah dikunci. (Hal. 45)
●
Jangan menyimpan makanan dan lain-lain di dalam kotak penyimpanan ais. (Hal. 40)
●
Masuk dan keluarkan dulang pembuatan ais hanya apabila perlu.
●
Untuk memastikan sama ada pembuat ais berfungsi ataupun tidak, tekan
dan tahan [AUTO ICE OFF] selama sekurang-kurangnya 10 saat. Jika air
di dalam tangki bekalan air berkurang, ini bermakna pembuat ais berfungsi.
• Jika air tertumpah ke dalam kotak penyimpanan ais, lapkannya.
• Jika air tidak berkurang, ini bermakna pembuat ais tidak berfungsi.
→ Hubungi pengedar anda.
Bahagian di dalam kiub ais
tidak membeku.
●
Sudahkan kawalan suhu petak pembeku ditetapkan kepada “ 1 ” ?
→ Tetapkan kepada “ 2 ” atau “ 3 ”. (Hal. 34)
Bentuk ais tidak “kubik”.
●
Terdapat projeksi.
→ Alur dulang pembuatan ais mungkin telah membeku.
●
Kiub ais adalah bulat atau bercantum dengan kiub ais yang lain.
→ Adakah ais disimpan untuk tempoh yang lama?
(Kiub ais menjadi bulat atau bercantum oleh pemejalwapan.)
●
Ais kecil.
→ Kadang-kala, kiub ais bersaiz kecil dihasilkan apabila air di dalam tangki telah habis.