65
1. Pengenalan
Terima kasih kerana membeli Monitor Tekanan Darah Automatik OMRON.
Monitor tekanan darah ini menggunakan kaedah mengukur tekanan darah
osilometrik. Ini bererti monitor ini mengesan pergerakan darah melalui arteri
brakium dan menukar pergerakan ini kepada bacaan digital
1.1 Arahan Keselamatan
Manual arahan ini memberi anda maklumat penting tentang Monitor
Tekanan Darah Automatik OMRON. Untuk memastikan bahawa pemantau ini
digunakan secara selamat dan betul, BACA dan FAHAMI kesemua arahan ini.
Jika anda tidak faham arahan ini atau ada apa-apa pertanyaan, hubungi
wakil OMRON tempatan anda sebelum cuba menggunakan monitor ini.
Untuk mendapatkan maklumat khusus tentang tekanan darah anda,
sila rujuk pada doktor anda.
1.2 Tujuan Penggunaan
Peranti ini adalah pemantau digital yang bertujuan untuk mengukur tekanan
darah dan kadar nadi dalam kalangan khalayak pesakit dewasa. Peranti ini
mengesan sekiranya terdapat degupan jantung yang tidak sekata semasa
mengukur dan memberi isyarat amaran yang disertakan dengan bacaan.
Peranti ini direka terutamanya untuk kegunaan am di rumah.
1.3 Penerimaan dan Pemeriksaan
Keluarkan monitor ini daripada bungkusan dan periksa untuk melihat
sama ada terdapat kerosakan. Jika monitor ini rosak, JANGAN GUNA dan
rujuk pada wakil OMRON tempatan anda.
2. Maklumat Keselamatan Penting
Baca Maklumat Keselamatan Penting dalam manual arahan ini sebelum
menggunakan monitor ini. Ikuti manual arahan ini sepenuhnya demi
keselamatan anda.
Simpan untuk rujukan pada masa hadapan. Untuk mendapatkan maklumat
khusus mengenai tekanan darah anda sendiri, RUJUK PADA DOKTOR ANDA.
• JANGAN guna monitor ini pada bayi, kanak-kanak kecil, kanak-kanak atau
individu yang tidak dapat melahirkan perasaan mereka.
• JANGAN melaraskan ubat berdasarkan bacaan daripada monitor tekanan
darah ini. Ambil ubat sebagaimana yang diarahkan oleh doktor anda.
HANYA doktor sahaja yang layak melakukan diagnosis dan merawat
tekanan darah tinggi.
• JANGAN guna monitor ini pada lengan yang tercedera atau lengan yang
digunakan untuk menjalani rawatan perubatan.
• JANGAN guna kaf lengan ini pada lengan anda semasa terdapat drip
intravenus atau yang sedang menjalani transfusi darah.
• JANGAN guna monitor ini di kawasan yang mengandungi peralatan
pembedahan frekuensi tinggi (HF), peralatan pengimejan resonans
magnetik (MRI), pengimbas tomografi berkomputer (CT). Ini boleh
mengakibatkan peranti ini beroperasi secara tidak betul dan/atau
mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
• JANGAN guna monitor ini dalam persekitaran yang kaya oksigen atau
hampir dengan gas mudah terbakar.
• Rujuk doktor anda sebelum menggunakan monitor ini jika anda
menghidap aritmia biasa seperti degupan pramatang atrium atau
ventrikular atau pemfibrilan atrium; sklerosis arteri; perfusi lemah; diabetes;
kehamilan; pra-eklampsia atau penyakit renal. HARAP MAKLUM bahawa
mana-mana masalah ini di samping pergerakan, geletar, atau gigil pesakit
boleh mempengaruhi bacaannya.
• JANGAN SEKALI-KALAI melakukan diagnosis atau merawat diri anda sendiri
berdasarkan bacaan anda. SENTIASA rujuk pada doktor anda.
• Untuk mengelak daripada tercekik, pastikan tiub udara dan kabel
penyesuai AC jauh daripada bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak.
• Produk ini mengandungi bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya
tercekik jika ditelan oleh bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak.
Penghantaran Data
• Produk ini memancarkan frekuensi radio (RF) dalam jalur 2.4 GHz. JANGAN
guna produk ini di lokasi di mana RF dihadkan, seperti dalam kapal terbang
atau di hospital. Matikan ciri
Bluetooth
® dalam monitor ini, keluarkan
bateri dan/atau cabut penyesuai AC apabila berada di akasan RF yang
dihadkan.
MS
2.1 Peringatan
Menandakan situasi yang mungkin
berbahaya, yang dapat menyebabkan
kematian atau cedera serius apabila
tidak dihindari.