2
2
Unit ini adalah untuk kegunaan di rumah. Ia sesuai dipasangkan di mana-mana tempat yang
memerlukan air panas.
Unit ini tidak menggunakan palam. Ia mesti disambung terus kepada suis kuasa yang dilengkapi
dengan perlindungan kebocoran. Sila bezakan dawai hidup (merah/perang), dawai neutral (biru) dan
dawai bumi (hijau/kuning) sewaktu pemasangan.
Periksa sama ada ampere pendawaian rumahtangga adalah bersesuaian sebelum pemasangan,
dan pastikan litar rekaan khas digunakan ketika pemasangan.
Sebelum memasang unit ini, periksa dan pastikan elektrod bumi pada soket dibumikan dengan
sempurna dan tidak mengandungi sebarang arus elektrik.
Air panas yang mengalir keluar dari unit ini mungkin mengakibatkan kelecuran, sila periksa suhu air
panas sebelum diguna.
Jarak antara tempat pemasangan unit ini dengan output air hendaklah seberapa dekat yang boleh
bagi mengelakkan kehilangan haba.
Unit ini mungkin akan rosak jika kekerasan air adalah terlalu tinggi. Untuk jangka hayat produk yang
lebih panjang, sila pastikan unit ini dipasang dan digunakan di tempat dengan tahap kekerasan air
tempatan kurang daripada 450mg/L (CaCO3).
Ketika berkilat/berguruh, matikan pemutus litar kenit (MCB) bagi melindungi unit ini daripada
kerosakan yang mungkin timbul.
Periksa ELCB (pemutus litar bocor ke bumi) terbina dalam sekali setiap bulan bagi mengelakkan
kebahayaan terhadap pengguna, seperti kerosakan harta benda, kecederaan serius atau kematian.
Padamkan bekalan elektrik sebelum melakukan sebarang kerja penyelenggaraan. Sebarang kerja
penyelenggaraan atau penyelarasan terhadap unit ini oleh orang yang bukan pakar adalah dilarang
sama sekali.
Kord kuasa yang rosak mesti diganti dengan kord kuasa yang disediakan khas oleh pengilang, dan
kerja penggantian mesti dilakukan oleh juruteknik bertauliah atau jurutera atau pakar dalam produk
yang seumpamanya.
Bagi mengelakkan kebahayaan akibat ELCB (pemutus litar bocor ke bumi) diset semula secara tidak
sengaja, unit ini tidak boleh dibekalkan melalui peranti pertukaran luaran, seperti pemasa atau
disambungkan kepada litar yang kerap “dihidupkan” atau “dimatikan” mengikut kegunaan.
Unit ini dilengkapi dengan injap keselamatan bagi mengawal kapasiti aliran air. Demi keselamatan
penggunaan, jangan sesekali mengubahsuai kedudukan injap atau menutup outlet airnya.
Pihak Syarikat tidak akan menanggung sebarang tanggungjawab ke atas pemasangan atau
pengendalian yang tidak betul.
Unit ini boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti membasuh tangan, pinggan mangkuk atau
makanan, dan sebagainya (tidak disediakan bekalan air pelbagai arah.
Apabila unit ini digunakan oleh individu seperti kanak-kanak, warga tua, pesakit atau orang kurang
upaya, penjaga mereka hendaklah memberi perhatian dan memeriksa suhu air mandi dengan
tangan dari masa ke semasa.
Alat pemanas ini mesti disambung kekal pada bekalan elektrik dan secara langsung dari unit
pengguna melalui suis dua kutud dengan jurang sambungan sekurang-kurangnya 3 mm pada
kedua-dua kutud. Suis berkenaan mesti mudah dicapai dan dapat dikenal pasti dengan jelas, serta
berada di luar jangkauan orang yang menggunakan tab mandi atau pancuran tetap. Dawai mesti
disambung pada suis tanpa menggunakan plag atau soket.
Arahan-arahan berikut wajib dipatuhi bagi mengelakkan kecederaan peribadi, kecederaan terhadap orang
lain dan kerosakan harta benda. Pengendalian yang salah akibat tidak mematuhi arahan berikut bakal
menimbulkan kecederaan atau kerosakan. Kerja pemasangan mesti dijalankan oleh pekerja yang
berkelayakan dengan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
AMARAN
Amaran Khas:
Unit ini mesti dibumikan sebelum penggunaan. Sila pastikan rintangan bagi dawai bumi
kegunaan rumahtangga adalah <4
Ω
. Penggunaan alat pemanas air tanpa pembumian
adalah dilarang sama sekali.
!
1.AMARAN
●
●
●
●
●
●
●
●
●
●
●
●
●
●
●
●
●