Pengendalian
Tarik kord kuasa keluar dari pembersih vakum dan berhenti apabila
anda melihat tanda kuning. Pastikan tanda merah tidak kelihatan,
kerana ia menandakan anda telah menarik kord kuasa terlalu panjang.
Apabila tamatnya kerja pembersihan, matikan kuasa, cabut keluar plag
dari soket elektrik, lepas itu tekan butang penggulung sehingga kord
kuasa digulung balik dengan sepenuhnya.
Untuk menghidupkan pembersih vakum, pasang plag pada soket
elektrik dan tekan butang kuasa.
Beralih di antara permaidani & lantai keras
Suis pada muncung lantai boleh ditekan dengan kaki anda untuk
beralih di antara mod lantai. Simbol-simbol yang ditunjukkan di
bawah adalah bersesuaian dengan jenis lantai yang ditetapkan.
Kedudukan1: Bulu berus dikeluarkan untuk lantai keras
Kedudukan2: Bulu berus ditarik balik untuk permaidani
AWAS:
Sentiasa matikan pembersih vakum sebelum menyambung atau menanggalkan
hos / alat tambahan atau mengeluarkan dan mengosongkan bekas debu.
PERKARA PENTING:
Pembersih vakum ini dilengkapi dengan pemotongan termal. Termostat akan
mematikan pembersih vakum secara automatik jika pembersih vakum mengalami pemanasan
berlebihan atas apa jua sebab. Jika keadaan ini berlaku, matikan pembersih vakum dan cabut keluar
plag dari soket elektrik. Keluarkan dan kosongkan bekas debu, dan juga memeriksa sama ada pembersih
vakum tersumbat oleh kotoran. Biarkan pembersih vakum menyejuk selama kira-kira 1 jam (jika ada telah
membersihkan ruang yang salah, sila tunggu 24 jam sehingga penapis menjadi kering dengan
sepenuhnya sebelum dipasang semula ke dalam mesin).
Kedudukan 1:
lantai keras
Kedudukan 2:
permaidani