21 BAHASA MELAYU
17.
Jangan jalankan alat kuasa ketika
membawanya di sisi anda.
Sentuhan secara
tidak sengaja dengan aksesori yang berputar
boleh menyebabkan pakaian anda tersangkut dan
menarik aksesori ke badan anda.
18.
Bersihkan dengan kerap bolong udara alat
kuasa.
Kipas motor akan mengeluarkan habuk di
dalam perumah dan pengumpulan logam serbuk
yang berlebihan boleh menyebabkan bahaya
elektrik.
19.
Jangan kendalikan alat kuasa berhampiran
bahan mudah terbakar.
Percikan boleh
menyalakan bahan ini.
20.
Jangan gunakan aksesori yang memerlukan
bahan pendingin cecair.
Penggunaan air
atau bahan pendingin cecair yang lain boleh
menyebabkan renjatan elektrik.
Tolak keluar dan Amaran Berkaitan
Tolak keluar ialah tindak balas tiba-tiba kepada aksesori
berputar yang tersepit atau tersangkut. Tersepit atau
tersangkut menyebabkan kelajuan pegun dengan cepat
pada aksesori yang berputar yang menyebabkan alat
kuasa tidak terkawal dipaksa ke arah bertentangan
dengan putaran aksesori pada titik pengikat.
Sebagai contoh, jika roda pelelas tersangkut atau
tersepit pada bahan kerja, bahagian tepi roda
yang memasuki titik sepitan boleh menekan dalam
permukaan bahan menyebabkan roda ternaik atau
terkeluar. Roda mungkin sama ada melantun ke arah
atau jauh daripada pengendali, bergantung kepada
arah pergerakan roda ketika aksesori tersepit. Roda
lelas mungkin juga pecah di bawah keadaan ini.
Tolak keluar adalah akibat daripada penyalahgunaan
alat kuasa dan/atau prosedur atau keadaan operasi
yang tidak betul dan boleh dielakkan dengan
mengambil langkah berjaga-jaga yang betul seperti
yang diberikan di bawah.
1.
Kekalkan genggaman yang kukuh pada alat
kuasa dan pastikan kedudukan badan dan
lengan anda membolehkan anda menahan
daya tolak keluar.
Pengendali boleh mengawal
daya tolak keluar, jika langkah berjaga-jaga yang
betul diambil.
2.
Menggunakan dengan lebih berhati-hati
apabila bekerja di sudut, pinggir yang tajam
dan sebagainya. Elakkan aksesori daripada
melantun dan tersangkut.
Sudut, pinggir yang
tajam atau melantun mempunyai kecenderungan
untuk menyebabkan aksesori berputar tersangkut
dan menyebabkan hilang kawalan atau tolak
keluar.
3.
Jangan pasang bilah gergaji bergigi.
Bilah
seperti ini akan kerap menghasilkan tolak keluar
dan hilang kawalan.
4.
Sentiasa masukkan bit ke dalam bahan
mengikut arah yang sama seperti pinggir
potongan keluar daripada bahan (iaitu sama
arah seperti serpihan dicampak).
Memasukkan
alat dalam arah yang salah menyebabkan pinggir
potongan bit naik ke atas dan menarik alat ke arah
masukan ini.
Amaran Keselamatan Khusus untuk Pengisaran:
1.
Gunakan jenis roda yang disyorkan sahaja
untuk alat kuasa anda dan untuk penggunaan
yang disyorkan sahaja.
2.
Pastikan badan anda tidak berada sebaris
dengan atau di belakang roda berputar.
Apabila roda,
ketika beroperasi, bergerak jauh
dari tangan anda, kemungkinan tolak keluar boleh
mendorong roda berputar dan alat kuasa ke arah
anda.
Amaran Keselamatan Tambahan:
1.
Alat ini bertujuan untuk digunakan dengan
mata roda pelelas terikat (batu pengisar)
melekap kekal pada satah, mandrel tak berulir
(batang).
2.
Pastikan roda tidak menyentuh bahan kerja
sebelum suis dihidupkan.
3.
Sebelum menggunakan alat pada bahan
kerja sebenar, biarkan ia beroperasi seketika.
Perhatikan getaran atau goyangan yang boleh
menunjukkan pemasangan yang lemah atau
roda yang sangat tidak seimbang.
4.
Gunakan permukaan roda tertentu untuk
melakukan pengisaran.
5.
Berhati-hati dengan percikan api yang
melayang. Pegang alat supaya percikan api
melayang jauh daripada anda dan orang lain
atau bahan mudah terbakar.
6.
Jangan tinggalkan alat yang sedang berjalan.
Kendalikan alat hanya apabila dipegang.
7.
Jangan sentuh bahan kerja dengan serta-
merta selepas operasi; ia mungkin sangat
panas dan boleh melecurkan kulit anda.
8.
Patuhi arahan pengilang untuk pelekapan dan
penggunaan roda yang betul. Kendalikan dan
simpan roda dengan cermat.
9.
Pastikan bahawa bahan kerja disokong
dengan betul.
10.
Jika tempat kerja sangat panas dan lembap
atau sangat tercemar oleh habuk berkonduksi,
gunakan pemutus litar pintas (30 mA) untuk
memastikan keselamatan pengendali.
11.
Jangan gunakan alat pada mana-mana bahan
yang mengandungi asbestos.
12.
Sentiasa pastikan anda mempunyai tapak
berpijak yang kukuh. Pastikan tiada sesiapa
di bawah apabila menggunakan alat di lokasi
yang tinggi.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN:
JANGAN biarkan keselesaan atau
kebiasaan dengan produk (daripada penggunaan
berulang) menggantikan pematuhan ketat
terhadap peraturan keselamatan untuk produk
yang ditetapkan. SALAH GUNA atau kegagalan
mematuhi peraturan-peraturan keselamatan
yang dinyatakan dalam manual arahan ini boleh
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
Содержание M9100
Страница 2: ...1 Fig 1 1 2 1 3 4 Fig 2 10mm Max Fig 3 Fig 4 1 Fig 5 1 Fig 6 2 ...
Страница 34: ...34 ...
Страница 35: ...35 ...