28 BAHASA MELAYU
OPERASI
Tetapkan tapak alat pada bahan kerja untuk dipotong
tanpa bit membuat sebarang sentuhan. Kemudian,
hidupkan alat dan tunggu sehingga bit mencapai
kelajuan sepenuhnya. Gerakkan alat ke hadapan di
atas permukaan bahan kerja, mengekalkan tapak
alat sedatar dan bergerak dengan lancar sehingga
pemotongan selesai.
Apabila melakukan pemotongan bucu, permukaan
bahan kerja hendaklah berada pada belah kiri bit dalam
arah suapan.
►
Rajah4:
1.
Bahan kerja
2.
Arah pusingan bit
3.
Pandangan dari bahagian atas alat
4.
Arah suapan
NOTA:
•
Menggerakkan alat ke hadapan dengan terlalu
laju mungkin menyebabkan kualiti pemotongan
yang tidak baik, atau kerosakan kepada bit
atau motor. Menggerakkan alat ke hadapan
dengan terlalu perlahan mungkin membakar
dan mencacatkan potongan. Kadar suapan
yang betul bergantung pada saiz bit, jenis
bahan kerja dan kedalaman potongan. Sebelum
memulakan potongan pada bahan kerja
sebenar, adalah dinasihatkan untuk membuat
potongan sampel di atas kayu reja. Ini akan
menunjukkan rupa sebenar potongan dan juga
membolehkan anda memeriksa dimensi.
►
Rajah5:
1.
Arah suapan
2.
Arah pusingan bit
3.
Bahan kerja
4.
Panduan lurus
NOTA:
•
Apabila menggunakan gesel pemangkas,
panduan lurus atau panduan pemangkas,
pastikan ia sentiasa berada di sebelah kanan
dalam arah suapan. Ini akan membantu untuk
memastikan ia sedatar dengan bahagian tepi
bahan kerja.
PERHATIAN:
•
Memandangkan pemotongan berlebihan
boleh menyebabkan beban lebih motor atau
kesukaran dalam mengawal alat, kedalaman
pemotongan hendaklah tidak lebih daripada
3 mm dalam satu potongan apabila memotong
alur. Apabila anda ingin memotong alur lebih
daripada 3 mm dalam, lakukan beberapa
potongan dengan tetapan bit lebih dalam secara
berperingkat-peringkat.
Panduan templet
►
Rajah6
Panduan templet menyediakan lengan tempat bit lalu
melaluinya, membenarkan penggunaan pemangkas
dengan corak templet.
Keluarkan pemesong serpihan.
►
Rajah7:
1.
Pemutar skru
2.
Pelindung tapak
3.
Skru
Longgarkan skru dan keluarkan pelindung tapak.
Letakkan panduan templet pada tapak dan gantikan
pelindung tapak. Kemudian kukuhkan pelindung tapak
dengan mengetatkan skru.
Kukuhkan templet pada bahan kerja. Letakkan alat
pada templet dan gerakkan alat dengan panduan
templet melungsur di sepanjang bahagian tepi templet.
►
Rajah8:
1.
Bit
2.
Tapak
3.
Templet
4.
Bahan kerja
5.
Panduan templet
NOTA:
•
Bahan kerja akan dipotong berbeza sedikit
daripada templet. Benarkan jarak (X) antara bit
penghala dan bahagian luar panduan templet.
Jarak (X) boleh dikira dengan menggunakan
persamaan berikut:
Jarak (X) = (diameter luar panduan templet - diameter
bit penghala) / 2
Panduan lurus (Aksesori)
►
Rajah9
Panduan lurus digunakan secara efektif untuk potongan
lurus apabila membuat penyerongan atau pengaluran.
Pasangkan plat panduan pada panduan lurus dengan
bolt dan nat telinga.
►
Rajah10:
1.
Bolt
2.
Plat panduan
3.
Panduan lurus
4.
Nat telinga
Keluarkan pemesong serpihan.
►
Rajah11:
1.
Skru pengapit (A)
2.
Panduan lurus
3.
Nat telinga
4.
Tapak
Pasangkan panduan lurus dengan skru pengapit
(A). Longgarkan nat telinga pada panduan lurus dan
sesuaikan jarak antara bit dan panduan lurus. Pada
jarak yang diinginkan, ketatkan nat telinga dengan
kukuh.
Apabila memotong, gerakkan alat dengan panduan
lurus sedatar dengan bahagian tepi bahan kerja.
Jika jarak (A) antara bahagian tepi bahan kerja dan
kedudukan memotong terlalu jauh untuk panduan lurus,
atau jika bahagian tepi bahan kerja tidak lurus, panduan
lurus tidak boleh digunakan. Dalam kes ini, apit satu
papan lurus dengan kemas pada bahan kerja dan
gunakan ia sebagai panduan pada tapak pemangkas.
Masukkan alat mengikut arah anak panah.
►
Rajah12
Содержание M3701
Страница 3: ...1 2 3 4 1 2 3 4 A 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 Fig 9 Fig 10 Fig 11 Fig 12 Fig 13 Fig 14 Fig 15 Fig 16 3 ...
Страница 4: ...1 2 3 4 5 6 1 2 3 1 1 2 R Fig 17 Fig 18 Fig 19 Fig 20 Fig 21 Fig 22 Fig 23 Fig 24 4 ...
Страница 5: ...Fig 25 Fig 26 Fig 27 Fig 28 Fig 29 Fig 30 Fig 31 Fig 32 5 ...
Страница 6: ...Fig 33 Fig 34 6 ...