![Makita M3701 Скачать руководство пользователя страница 27](http://html.mh-extra.com/html/makita/m3701/m3701_instruction-manual_232979027.webp)
27 BAHASA MELAYU
6.
Elakkan memotong paku. Periksa untuk atau
keluarkan semua paku daripada bahan kerja
sebelum operasi.
7.
Pegang alat dengan kukuh.
8.
Jauhkan tangan daripada bahagian berpusing.
9.
Pastikan bit tidak menyentuh bahan kerja
sebelum suis dihidupkan.
10.
Sebelum menggunakan alat pada bahan
kerja sebenar, biarkan ia beroperasi seketika.
Perhatikan sebarang getaran atau goyang
yang boleh menandakan pemasangan bit yang
tidak betul.
11.
Berhati-hati dengan arah putaran bit dan arah
suapan.
12.
Jangan tinggalkan alat yang sedang berjalan.
Kendalikan alat hanya apabila dipegang.
13.
Sentiasa matikan dan tunggu sehingga bit
berhenti sepenuhnya sebelum mengeluarkan
alat daripada bahan kerja.
14.
Jangan sentuh bit dengan serta-merta selepas
operasi; ia mungkin sangat panas dan boleh
melecurkan kulit anda.
15.
Jangan dengan cuai melumurkan tapak alat
dengan pencair, gasolin, minyak atau yang
serupa. Ia boleh menyebabkan retak pada
tapak alat.
16.
Gunakan bit dengan diameter batang yang
betul yang sesuai dengan kelajuan alat.
17.
Sesetengah bahan mengandungi bahan kimia
yang mungkin toksik. Sila berhati-hati untuk
mencegah penyedutan habuk dan sentuhan
kulit. Ikut data keselamatan pembekal bahan.
18.
Sentiasa gunakan topeng habuk/alat
pernafasan yang betul untuk bahan dan
aplikasi yang anda sedang kerjakan.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN:
JANGAN biarkan keselesaan
atau kebiasaan dengan produk (daripada
penggunaan berulang) menggantikan
pematuhan ketat terhadap peraturan
keselamatan untuk produk yang ditetapkan.
SALAH GUNA atau kegagalan untuk
mematuhi peraturan-peraturan keselamatan
yang dinyatakan dalam manual arahan ini
boleh menyebabkan kecederaan diri yang
serius.
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
•
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menyelaras atau menyemak
fungsi pada alat.
Menyesuaikan tonjolan bit
►
Rajah1:
1.
Tapak
2.
Skala
3.
Tonjolan bit
4.
Skru
pengapit
Untuk menyesuaikan tonjolan bit, longgarkan skru
pengapit dan alihkan tapak alat ke atas atau ke bawah
seperti yang diinginkan. Selepas menyesuaikan,
ketatkan skru pengapit dengan kemas untuk
mengukuhkan tapak alat.
Tindakan suis
►
Rajah2:
1.
Tuil suis
PERHATIAN:
•
Sebelum memasang alat pada palam, sentiasa
pastikan alat dimatikan.
Untuk memulakan alat, alihkan tuil suis ke arah posisi
I. Untuk menghentikan alat, alihkan tuil suis ke arah
posisi O.
PEMASANGAN
PERHATIAN:
•
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menjalankan apa-apa kerja
pada alat.
Memasang atau menanggalkan bit
pemangkas
►
Rajah3:
1.
Longgarkan
2.
Ketatkan
3.
Pegang
PERHATIAN:
•
Jangan ketatkan nat simpai tanpa memasukkan
bit, atau simpai akan pecah.
•
Hanya gunakan perengkuh yang disediakan
bersama alat.
Masukkan bit ke dalam kon sesimpai dan ketatkan nat
sesimpai dengan kemas dengan dua perengkuh.
Untuk menanggalkan bit, ikut prosedur pemasangan
secara terbalik.
Содержание M3701
Страница 3: ...1 2 3 4 1 2 3 4 A 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 Fig 9 Fig 10 Fig 11 Fig 12 Fig 13 Fig 14 Fig 15 Fig 16 3 ...
Страница 4: ...1 2 3 4 5 6 1 2 3 1 1 2 R Fig 17 Fig 18 Fig 19 Fig 20 Fig 21 Fig 22 Fig 23 Fig 24 4 ...
Страница 5: ...Fig 25 Fig 26 Fig 27 Fig 28 Fig 29 Fig 30 Fig 31 Fig 32 5 ...
Страница 6: ...Fig 33 Fig 34 6 ...