93
Tentang panduan pengguna ini
Tentang panduan pengguna ini
•
Sebelum menggunakan peranti anda, sila baca panduan ini dengan teliti. Ini akan
memastikan bahawa anda menggunakan telefon anda dengan selamat dan dengan
betul.
•
Sesetengah imej dan syot skrin yang disediakan dalam panduan ini mungkin
nampak berbeza pada telefon anda.
•
Kandungan anda mungkin berbeza daripada produk akhir, atau daripada perisian
yang dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan atau pembawa. Kandungan ini
tertakluk kepada perubahan tanpa notis lebih awal. Bagi versi terkini panduan ini,
sila lawati laman web LG di www.lg.com.
•
Aplikasi telefon anda dan fungsinya mungkin berbeza mengikut negara, wilayah,
atau spesifikasi perkakasan. LG tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap
sebarang masalah prestasi yang timbul akibat penggunaan aplikasi yang
dibangunkan oleh pembekal selain daripada LG.
•
LG tidak boleh dipertanggungjawabkan atas isu prestasi atau ketidakserasian yang
timbul akibat tetapan pendaftaran yang diedit atau perisian sistem pengendalian
yang diubah suai. Sebarang cubaan untuk menyesuaikan sistem pengendalian
anda boleh mengakibatkan peranti atau aplikasinya tidak berfungsi dengan betul.
•
Perisian, audio, kertas dinding, imej dan media lain yang dibekalkan bersama
peranti anda telah dilesenkan untuk penggunaan terhad. Jika anda memetik dan
menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan perdagangan atau tujuan lain,
anda mungkin melanggar undang-undang hak cipta. Sebagai pengguna, anda
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan media yang tidak sah di sisi
undang-undang.
Tentang panduan pengguna ini
Содержание G Flex 2 LG-H959
Страница 1: ...www lg com MFL69597001 1 0 简体中文 ENGLISH BAHASA MELAYU LG H959 USER GUIDE ...
Страница 2: ......
Страница 147: ...45 信息 线程框 与另一方交换的信息 短信 彩信 将以时间顺序显示 以便您方便 查看对话概述 更改信息设置 您的手机已预定义信息设置 因此 您可以立即发送信息 您可以根 据喜好更改设置 轻触主屏上的信息图标 然后轻触 选择设置 ...
Страница 287: ......