7
Ciri-ciri Operasi
1. Baca semua arahan sebelum menggunakan perkakas ini.
2. Jangan gunakan perkakas ini jika talikod kuasa telah rosak, atau berlaku kerosakan pada unit ini.
3. Perkakas ini bukan untuk digunakan oleh orang ( termasuk kanak-kanak ) yang kurang upaya fizikal, deria atau
kecacatan mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka diberi perhatian atau tunjuk
ajar berkaitan penggunaan perkakas oleh orang yang bertanggungjawab untuk keselamatan mereka.
Kanak-kanak haruslah diperhatikan untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
4. Jika talikod telah rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, wakil servis atau orang yang berkelayakan untuk
mengelakkan sebarang bahaya
5. Jangan letakkan perkakas berhampiran gas panas atau penunu elektrik.
6. Sediakan / biarkan jarak 4 inci dari semua sisi apabila mengendali perkakas bagi membenarkan kitaran udara
di dalamnya.
7. Jangan menutup dulang pembakar atau sebarang bahagian pada perkakas dengan kerajang logam
(untuk mengelakkan terlampau panas). Kerajang logam boleh digunakan untuk membungkus makanan yang
ingin dibakar di atas dulang pembakar.
8. Ambil langkah berjaga-jaga apabila mengalihkan dulang yang panas atau ketika membuang minyak.
9. Jangan biarkan perkakas tanpa pengawasan ketika memanggang atau membakar makanan.
10. Jangan masukkan makanan yang terlalu besar atau bekas logam yang terlalu besar ke dalam perkakas kerana ia
boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
11. Jangan letakkan sebarang benda di atas perkakas ketika sedang menggunakannya. Cecair yang mudah terbakar
boleh menyebabkan kebakaran.
12. Berhati-hati ketika menggunakan bekas selain daripada seramik atau logam ke dalam perkakas.
13. Jangan letakkan bahan-bahan berikut di dalam ketuhar ketika mengendalikan perkakas:
1) Kadbod 2) Beg plastik 3) Bahan-bahan mudah terbakar.
14. Jangan simpan sebarang perkakas dapur yang lain selain daripada aksesori yang dibekalkan di dalam ketuhar.
15. Jangan sentuh permukaan perkakas semasa dan selepas operasi memasak. Ia sangat
panas!. Sentiasa memakai sarung tangan berpenebat ketika memasukkan atau
mengalihkan makanan daripada perkakas.
16. Perkakas ini adalah untuk kegunaan dalam rumah sahaja. Jangan gunakan perkakas selain daripada yang
disyorkan.
17. Pemasa luaran tidak boleh dioperasi bersama dengan perkakas ini.
Sila biasakan fungsi-fungsi yang terdapat pada oven ini serta segala aksesorinya sebelum digunakan:
Tombol Pilihan Suhu: untuk memilih suhu yang dikehendaki dari 100˚C hingga 230˚C untuk membakar, memanas
dan memanggang.
Tombol Pilihan Pemasa: untuk memilih tempoh memasak dari 1 minit hingga 60 minit. Untuk menetapkannya,
putarkan tombol mengikut arah pusingan jam. Loceng akan berbunyi apabila tempoh masakan tamat.
Lampu Indikasi Kuasa : pilih tetapan masakan yang diinginkan dan lampu indikasi akan menyala.
Dulang Pembakar: boleh digunakan untuk memanggang dan memanaskan daging, ayam, ikan dan pelbagai
makanan lain. Ia juga boleh digunakan sebagai dulang tadahan.
Fungsi Kukusan: Tuangkan 10ml (untuk setiap masakan) air menggunakan cawan penyukat yang disediakan
ke dalam lubang masuk air sebelum memulakan operasi oven. Kaedah kukusan adalah untuk menyeragamkan
suhu oven dan menghasilkan masakan yang lebih baik.
Semasa pertama kali digunakan, sila pastikan:
Nota: Pada permulaan perkakas digunakan, ia akan mengeluarkan sedikit bau dan asap(selama 15 minit). Ini
adalah biasa dan tidak membahayakan. Ia adalah disebabkan oleh pembakaran pada bahan pelindung
yang terdapat pada elemen pemanas.
1. Plag ditanggalkan dan tombol pilihan pemasa berada pada posisi “OFF”.
2. Basuh terlebih dahulu segala aksesori dengan bersih.
3. Keringkan aksesori-aksesori tersebut sebelum dipasang semula ke dalam oven, sambungkan plag ke bekalan
kuasa utama dan oven telah sedia untuk digunakan.
4. Setelah itu, kami sarankan anda untuk jalankan oven pada suhu tertinggi (230˚C) selama lebih kurang 15minit
untuk menghilangkan sisa-sisa pembungkusan. Ini juga dapat menghilangkan bau permulaan pada perkakas.
Arahan penggunaan
1. Letakkan rak pembakar ke dalam selak rak.
2. Letakkan makanan yang ingin dimasak di atas rak pembakar atau dulang pembakar.
3. Makanan tersebut perlulah diletakkan berdekatan dengan elemen pemanas atas tanpa menyentuhnya.
4. Putarkan tombol pilihan suhu ke suhu yang dikehendaki.
5. Putarkan tombol pilihan pemasa ke tempoh yang dikehendaki.
6. Terbalikkan makanan yang dimasak dipertengahan tempoh masakan.
7. Apabila masakan telah siap dimasak, putarkan tombol pilihan pemasa ke posisi “OFF”.
Cara-cara penggunaan