background image

7

BM

8

BM

       Maklumat Langkah-langkah Keselamatan

Pembersihan dan Penyelenggaraan

1.  Tutupkan suis, tanggalkan plag dan biarkan perkakas ini sejuk apabila perkakas tidak digunakan, atau  

 

setiap kali menanggalkan dan memasangkan bahagian-bahagiannya atau ketika perlu dibersihkan. 

2.  Jangan rendam badan perkakas di dalam air atau cecair yang lain apabila melakukan pembersihan. 

3.  Gunakan kain lembut dan bahan pencuci yang lembut untuk pembersihan. 

4.  JANGAN gunakan peluntur atau pencuci atau berus dawai untuk membersihkan perkakas. 

5.  JANGAN gunakan petrol, benzena, tiner atau pelarut lain untuk membersihkan perkakas.

Pengenalan Bahagian

1.  Penutup Kaca

2.  Dulang Pengukus Keluli Tahan Karat

3.  Suis & Lampu Penunjuk

4. Pemegang

5.  Periuk Badan

6. Talikod

* Gambar adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Model

Voltan

Kuasa

Kapasiti

Berat Bersih

Dimensi Produk (LxWxH)

MC121

220-240V~ 50-60Hz

600W

1.2 Liter

1.0 kg

240 x 190 x 200mm

* Perubahan spesifikasi boleh dilakukan tanpa sebarang notis.  

Spesifikasi

       Maklumat Langkah-langkah Keselamatan

Maklumat-maklumat Keselamatan dan Amaran

1.  Baca semua arahan sebelum menggunakan perkakas ini.
2.  Jangan gunakan perkakas ini jika talikod kuasa telah rosak, atau berlaku kerosakan pada unit ini. 
3.  Perkakas ini bukan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya fizikal,  

 

deria atau kecacatan mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka diberi  

 

perhatian atau tunjuk ajar berkaitan penggunaan perkakas oleh orang yang bertanggungjawab untuk  

 

keselamatan mereka. 

 

Kanak-kanak haruslah diperhatikan untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini. 

4.  Jika talikod telah rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, wakil servis atau orang yang berkelayakan  

 

untuk mengelakkan sebarang bahaya. 

5.  Permukaan tapak pemanas akan masih panas selepas setiap kali digunakan. Jangan sentuh permukaan  

 

ini atau mana-mana bahagian perkakas yang masih panas selepas digunakan. 

6.  Perkakas ini adalah untuk kegunaan di dalam rumah sahaja. Jangan gunakan ia untuk tujuan yang  

 

tidak sepatutnya.

7.  Jangan rendam perkakas ke dalam air atau apa-apa cecair. 
8.  AMARAN! Elakkan penumpahan produk ini boleh menyebabkan kecederaan.
9.  AMARAN! Penyalahgunaan produk ini boleh menyebabkan kecederaan.
10.  Berjaga-jaga dengan wap panas yang terbebas semasa anda membuka penutup perkakas. Jauhi tangan  

 

dan muka anda dari terkena wap panas ni. 

11.  Jangan isikan air melebihi paras “MAX” pada perkakas ini. Tumpahan air mendidih boleh  

 

 

menyebabkan kelecuran pada badan atau menyebabkan perkakas berlakunya litar pintar

12.  Jangan isikan air kurang dari paras “MIN” pada perkakas ini. 
13.  Perkakas ini mesti digunakan dengan talikod kuasa yang disediakan. 
14.  Apabila mengendalikan perkakas, jangan biarkan perkakas ini tanpa dijaga.
15.  Jangan mengendalikan atau letakkan perkakas ini berdekatan dengan gas atau pembakar elektronik.
16.  Jangan kendalikan perkakas ini dalam kehadiran bahan-bahan mudah terbakar seperti gas, langsir  

 

dan lain-lain. 

17.  Pastikan voltan pada perkakas dan pada voltan bekalan utama tempatan adalah sepadan.  

Maklumat Penting

1.   Kesan bintik-bintik perang atau putih serta kesan keperangan yang wujud pada permukaan Tapak  

 

Pemanas Keluli Tahan Karat atau pada dinding bekas sebenarnya adalah kesan dari kandungan  

 

“mineral” atau “kapur” yang wujud di dalam air paip. Ia bukan tanda-tanda karat, tidak  

 

 

memudaratkan dan sebarang makanan atau minuman dari peralatan ini adalah selamat untuk digunakan.

2.   Bintik-bintik serta kesan keperangan ini boleh dihilangkan dengan mendidihkan larutan Asid Sitrik  

 

Kristal ( gred makanan ). Anda mungkin perlu menggunakan pembersih logam yang baik untuk   

 

menanggalkan kesan yang degil. Basuh dengan sabun sebelum menggunakan peralatan tersebut. 

1

2

4

5

3

6

Отзывы: