![KEEWAY Rkv200g Скачать руководство пользователя страница 31](http://html1.mh-extra.com/html/keeway/rkv200g/rkv200g_manual_3900927031.webp)
31
Terima kasih kerana memilih RKV 200G, -motosikal beroda dua.
Motosikal ini dibina dengan menggabungkan teknologi dalam dan
luar negeri dan pastinya akan memberikan anda sebuah pengalaman
menunggang yang selamat dan gembira.
Penunggangan motosikal merupakan sebuah aktiviti riadah
yang menarik. Anda adalah dinasihati supaya memahami sepenuhnya
peraturan-peraturan dan keperluan seperti yang ditetapkan dalam
buku panduan ini. Buku panduan ini meliputi operasi yang sempurna
dan prosedur penyelenggaraan untuk memastikan prestasi maksimum
dan jangka hayat motosikal anda.
Syarikat kami dilengkapi dengan kakitangan dan jabatan
penyelenggaraan teknikal yang profesional, yang mampu menyediakan
perkhidmatan penyelenggaraan teknikal yang bermutu tinggi dan
berpegang pada prinsip “Pelanggan Diutamakan”. Syarikat kami akan
berusaha untuk membangunkan produk berkualiti dan berprestasi
tinggi.
Sila baca buku panduan ini dengan teliti dan patuhi segala peraturan.
Perkataan “Nota”, “Amaran” dan “Perhatian” digunakan untuk
membezakan tahap kepentingan prosedur tersebut. Pastikan anda
faham sepenuhnya.
Prakata
Nota / Amaran / Perhatian
Tempoh Pra-Matang Motosikal
Penyelenggaraan motosikal pada 1, 600km yang pertama adalah penting bagi jangka hayat motosikal tersebut. Sekiranya tempoh
pra-matang dilakukan mengikut jadual, jangka hayat terpanjang dan prestasi motosikal baru dapat dicapai sepenuhnya.
Nota:
Ini adalah untuk penjelasan penyelenggaraan
atau perkara-perkara yang penting
Amaran:
Ini adalah untuk spesifikasi operasi
motosikal.
Perhatian:
Ini adalah untuk prosedur penting yang
boleh membahayakan keselamatan serta membawa
kecederaan kepada penunggang jika diabaikan.
RKV MANUAL - ARTWORK.indd 31
23/7/2013 11:11:09 AM