37
MELAYU
1.4
Keselamatan Am
Adalah merbahaya untuk mengubah
spesifikasi atau cuba mengubah suai
produk ini dalam apa-apa cara sekali
pun.
Semasa program basuh bersuhu
tinggi, kaca pintu boleh menjadi
panas. Jangan sentuh !
Pastikan haiwan peliharaan tidak
memanjat masuk ke dalam dram.
Untuk mengelakkan perkara ini, sila
periksa dalam dram sebelum
menggunakan perkakas.
Objek seperti duit syiling, pin, paku,
skru, batu atau apa-apa benda keras
dan tajam boleh menyebabkan
kerosakan yang serius dan tidak
boleh dimasukkan ke dalam mesin.
Basuh barang kecil seperti sarung
kaki, les, tali pinggang boleh basuh di
dalam beg basuh atau sarung bantal
kerana barang seperti ini boleh
termasuk ke dalam ruang antara tab
dan dram dalaman.
Pastikan kanak-kanak atau haiwan peliharaan tidak
memanjat masuk ke dalam dram.
Untuk mengaktifkan
peranti ini, pusingkan
butang (TANPA menekan-
nya) terdapat pada pintu
mengikut arah jam
sehingga alurnya
melintang.Jika perlu,
gunakan duit syiling.
Apabila anda mengaktifkan peranti ini, pintu tidak dapat
ditutupkan. Ini mencegah kanak-kanak atau haiwan
peliharaan daripada terkunci di dalam.
Untuk membatalkan peranti ini dan untuk menutup
pintu, putar butang secara arah lawan jam sehingga
alurnya menegak.
1.3
Peranti Keselamatan Kanak-Kanak
Mesin basuh ini disediakan dengan fungsi kes-
elamatan kanak-kanak ( ) untuk menghindari
kanak-kanak daripada tertukar program basuh dengan
tidak sengaja. (Lihat halaman 45)
●
●
●
●
●
●
●
●
●
●
Simpan semua detergen di tempat yang selamat dan
jauh daripada capaian kanak-kanak.