![background image](http://html.mh-extra.com/html/electrolux/ewf1141sewa/ewf1141sewa_user-manual_100345068.webp)
68 www.electrolux.com
Apabila menggunakan detergen
cecair (ruang Manual), pastikan
bekas khas untuk detergen cecair
telah dimasukkan. Rujuk perenggan
“Pengisian manual untuk detergen
dan bahan tambah” dalam bab ini.
Paras maksimum untuk
kuantiti detergen/bahan tambah.
(*)
Berdasarkan nilai lalai kilang,
perkakas beroperasi dalam
Mod
Standard
yang asas.
Untuk menukar konfigurasi kepada
Mod Dua Detergen
atau
Mod
Berangkai Detergen
, anda perlu
melengkapkan persediaan pada
aplikasi mudah alih “Electrolux Life”
.
Fungsi lanjutan, misalnya pelarasan
halus, boleh didayakan pada aplikasi
supaya tersedia pada panel kawalan.
** Aplikasi dan perkhidmatan tertakluk pada
perubahan tanpa notis.
•
Ruang manual untuk bahan tambah
cecair (pelembut kain, perapi fabrik, kanji).
AutoDos
Dos yang telah dipratetapkan ialah 50ml
untuk tangki detergen dan 40ml untuk
tangki pelembut fabrik: konfigurasi
optimum yang menepati kebanyakan
keadaan penggunaan.
Sistem AutoDos mempunyai 3 mod:
Walau bagaimanapun, dalam keadaan
yang melampau (air yang sangat lembut
atau sangat liat) dan jenis detergen yang
tertentu (misalnya superpekat), kami
mengesyorkan supaya melaraskan dos
pratetap dengan mengikuti arahan yang
diberi pada bekas detergen dan pelembut
fabrik: cthnya. apabila menggunakan
detergen superpekat, anda mungkin perlu
mengurangkan lagi dos pratetap.
Jika hasil pembasuhan tidak memuaskan
atau terdapat terlalu banyak buih semasa
pembasuhan, anda mungkin perlu
mengubah tetapan ini.
Semak arahan produk detergen untuk
mengenal pasti dos yang betul dengan
mempertimbangkan tahap kotoran kain
cucian yang biasa, keliatan air sebenar dan
dos tambahan yang dicadangkan untuk
muatan yang lebih besar.
1. Mod Standard
- Membolehkan anda
menyimpan detergen dan pelembut cecair
di dalam ruang AutoDos, dan menukar-
nukar antara menghidupkan/mematikan
pengedosan auto untuk detergen dan/
atau pelembut.
2. Mod Dua Detergen
- Membolehkan anda
menyimpan 2 jenis detergen cecair di
dalam 2 ruang AutoDos, dan menukar-
nukar antara dihidupkan/dimatikan atau
memilih antaranya.
3. Mod Berangkai Detergen
-
Membolehkan anda menyimpan 1 jenis
detergen cecair di dalam kedua-dua
ruang AutoDos, dan menukar-nukar
antara menghidupkan/mematikan
pengedosan auto untuk detergen cecair.
1. Mengenal pasti tahap keliatan air:
Air
liat boleh mengurangkan kecekapan
detergen, atas sebab inilah pengilang
detergen mengesyorkan pelarasan
dos berdasarkan tahap keliatan air.
Periksa tahap keliatan air di kawasan
anda. Tahap itu biasanya dinyatakan
sebagai: lembut, sederhana dan liat.
Jika perlu, sila hubungi pihak berkuasa
air setempat anda untuk memeriksa
keliatan air di kawasan anda.
2. Mengenal pasti dos detergen yang
disesuaikan:
Periksa label pada
bekas detergen/pelembut fabrik
yang mencadangkan kuantiti untuk
digunakan. Cadangan ini diukur dengan
menggabungkan tiga faktor yang
berlainan:
• Tahap keliatan air;
• Tahap kotoran biasa;
• Kapasiti terkadar bagi perkakas
(cthnya. kapasiti muatan maksimum
9 kg). Jika kapasiti terkadar pada
bekas produk merujuk kepada
perkakas dengan kapasiti yang
lebih rendah, dos yang disesuaikan
hendaklah ditingkatkan.
*
*
Содержание EWF1141SEWA
Страница 147: ......
Страница 148: ...G0026057 001 A17711804 www electrolux com ...