![Electrolux ESF8730ROX Скачать руководство пользователя страница 39](http://html.mh-extra.com/html/electrolux/esf8730rox/esf8730rox_user-manual_92324039.webp)
8. SEBELUM MENGGUNAKAN BUAT PERTAMA KALI
1. Pastikan kadar semasa pelembut
air selaras dengan kesadahan
bekalan air. Jika tidak, laraskan
kadar pelembut air.
2. Isi bekas garam.
3. Isi pendispens bantuan pembilasan.
4. Buka pili air.
5. Mulakan program untuk
mengeluarkan apa-apa sisa
pemprosesan yang masih terdapat di
dalam perkakas. Jangan gunakan
detergen dan jangan masukkan
pinggan mangkuk ke dalam bakul.
Selepas memulakan perogram, perkakas
mengecas semula resin di dalam
pelembut air selama sehingga 5 minit.
Fasa pembasuhan bermula hanya
selepas prosedur ini selesai. Prosedur
diulangi secara berkala.
8.1 Bekas garam
WASPADA!
Gunakan garam kasar yang
dikhususkan untuk mesin
basuh pinggan mangkuk
sahaja. Garam halus akan
meningkatkan risiko kakisan.
Garam digunakan untuk mengecas
semula resin di dalam pelembut air dan
untuk memastikan hasil pencucian yang
baik dalam penggunaan harian.
Cara mengisi bekas garam
Pastikan bakul Comfort Lift
kosong dan terkunci di
dalam kedudukan yang
ternaik.
1. Putarkan penutup bekas garam
mengikut arah lawan jam dan
tanggalkannya.
2. Masukkan 1 liter air di dalam bekas
garam (hanya untuk kali pertama).
3. Isi bekas garam dengan garam
mesin basuh pinggan mangkuk
(sehingga penuh).
4. Goncangkan corong dengan berhati-
hati menggunakan tangkainya untuk
mendapatkan butiran yang terakhir di
dalamnya.
5. Keluarkan garam di sekeliling bukaan
bekas garam.
6. Putarkan penutup bekas garam ke
arah jam untuk menutup bekas
garam.
WASPADA!
Air dan garam boleh
terkeluar dari bekas garam
semasa anda mengisinya.
Selepas anda mengisi bekas
garam, segera mulakan
program yang paling pendek
untuk mengelakkan kakisan.
Jangan tolak pinggan ke
dalam bakul.
39