
21
Arahan tentang pelupusan
ms
Sup labu
–
600 g labu isi kuning
–
200 g kentang
–
1 l stok sayur-sayuran
–
2 biji bawang besar
–
2 ulas bawang putih
–
Lada hitam kisar dan garam
–
30 g mentega
–
2 sudu besar minyak zaitun extra virgin
–
5–6 helai daun selasih
–
2–3 helai daun sage
–
1 tangkai daun parsli
–
1 tangkai daun thyme
–
1 tangkai daun marjoram
–
¼ susu teh kayu manis kisar
–
Keju Parmesan parut secukup rasa
■ Potong labu menjadi kepingan dan
buang kulit dan biji. Potong labu kepada
potongan kecil.
■ Kupas kentang dan juga potong
kecilkecil.
■ Kupas bawang, cincang halus-halus dan
goreng perlahan-lahan dalam kuali leper
dengan mentega, minyak zaitun dan
bawang putih cincang.
■ Tambah labu dan potongan kentang
dan kukus sehingga lembut, kacau
berterusan. Tuang stok sayut-sayuran
perlahan-lahan dan tambah bouquet
garni.
■ Biarkan mereneh selama lebih kurang
25-30 minit dengan api kecil dan tambah
lebih banyak stok jika perlu.
■ Keluarkan bouquet garni.
■ Tambah garam dan lada sulah secukup
rasa, lengkapkan dengan secubit kayu
manis dan merenjis minyak zaitun extra
virgin.
■ Tuangkan 500 ml sup pada satu-satu
masa ke dalam jag pengadun dan
purikannya.
Jangan memproses lebih daripada 500 ml
cecair panas di dalam jag pengadun!
■ Hidangkan dengan keju Parmesan yang
diparut halus.
Sup lobak dengan jintan
putih
–
780 g lobak
–
720 ml air
–
1 sudu teh jintan putih
–
garam dan lada
■ Potong lobak menjadi kiub (lebih kurang
15 x 15 mm).
■ Masukkan lobak dan air ke dalam bekas
pengadun.
■ Adunkan pada kelajuan maksimum untuk
beberapa saat.
■ Masukkan adunan ke dalam periuk dan
kemudian masukkan jintan putih.
■ Masak selama 30 minit. Anda boleh
menambah air ketika memasak bagi
menambah kecairan sup itu, sekiranya
diinginkan.
■ Tambah garam dan lada secukup rasa.
Arahan tentang pelupusan
J
Alat ini bersesuaian dengan garis
panduan Eropa 2012/19/EU tentang
alat-alat tua elektrik dan elektronik
(waste electrical and electronic
equipment - WEEE).
Garis panduan tersebut memberi
rangka rujukan yang berlaku di
seluruh Eropa untuk penerimaan
balik dan penggunaan alat-alat tua.
Sila bertanya wakil penjual anda
atau pihak berkuasa tempatan
anda tentang cara-cara pelupusan
semasa.
Syarat-syarat waranti
Syarat-syarat jaminan untuk perkakas ini
adalah seperti yang ditakrifkan oleh wakil
kami di negara tempat ia dijual.
Butir-butir tentang syarat-syarat ini boleh
didapati daripada wakil penjual tempat
perkakas dibeli.
Bil jualan atau resit mestilah ditunjukkan
apabila anda hendak membuat apa-apa
tuntutan di bawah terma-terma jaminan ini.
Tertakluk pada pindaan.