25
24
MS
Aksesori yang digunakan: pencincang yang dipasang
Cincang selama beberapa saat dengan denyutan (F3): kacang tanah,
badam dsb.
Kuantiti / masa maksimum: 140g kacang tanah/12s atau 150g badam/8s
PENCINCANGAN KASAR UNTUK KUANTITI KECIL
AWAS: Selepas pengisar melengkapkan satu pusingan
masa pemprosesan yang maksimum, biarkan pengisar
berhenti selama 1 minit sebelum menghidupkan
pengisar semula.
Selepas menggunakan pengisar untuk tiga pusingan
maksimum, matikan perkakas dan biarkan perkakas
menjadi sejuk sehingga mencapai suhu bilik
(mengambil masa kira-kira 2 jam).
Perkakas dilengkapi dengan perlindungan terhadap
muatan berlebihan. Hal ini menghalang kerosakan
pada motor akibat penggunaan yang tidak normal.
Jika perkakas terpadam ketika sedang digunakan,
lakukan perkara yang berikut:
Cabut palam dan biarkan perkakas menjadi sejuk lebih
kurang 15-20 minit.
Sambungkan semula perkakas kepada sumber kuasa
dan teruskan pengisaran.
Selepas lebih kurang 3 minit tidak digunakan, perkakas
anda akan memulakan mod tunggu sedia. Untuk
menghidupkan / mematikan perkakas anda, tekan
butang Mula / Berhenti.
Letakkan unit bilah yang dipasang pada bahagian atas botol (E2) dan kuncikan
botol dengan memutarkan balang mengikut arah jam (Rajah 11)
Pastikan unit bilah dikuncikan dengan baik: anak panah pada gegelang pengunci
(E5) seharusnya selari dengan anak panah pada botol (Rajah 11)
Terbalikkan botol (E) dan letakkan botol dengan betul pada unit motor (D).
Kuncikan botol dengan memutarkan botol mengikut arah jam sehingga anak
panah pada gegelang pengunci (E5) bertentangan dengan mangga pada unit
motor. Logo botol (F2) akan dipaparkan pada skrin (Rajah 12) dan isyarat bip
akan berbunyi.
MENGGUNAKAN PERKAKAS ANDA
Kelajuan /
Program
Arahan
Kelajuan 1
hingga 6
Apabila balang berada di atas tapak dan apabila penutup dikuncikan dengan
betul, isyarat bip akan berbunyi.
Putarkan butang ke kanan untuk memulakan pengisaran dari kelajuan 1 hingga 6
dan bip akan berbunyi pada setiap langkah.
Pemasa bermula dari 0:00 dan meningkat.
Untuk menjeda, sentuh Mula/Berhenti. Bip akan berbunyi dan lampu kelajuan akan
berkelip.
Untuk menyambung semula, sentuh Mula/Berhenti. Bip akan berbunyi dan lampu
akan menyala.
Untuk menghentikan pengisaran, putarkan semula butang ke kiri pada kedudukan
0 atau kekalkan Mula/Berhenti selama 3 saat, bip yang panjang akan berbunyi.
Lampu kembali kepada kedudukan 0.
Program
Putarkan butang ke kiri, bip akan berbunyi untuk setiap kedudukan, lampu akan
menyala untuk setiap kedudukan, paparan pemasa untuk setiap program (Rajah 13).
Pada setiap kedudukan program, lampu Mula/Berhenti akan berkelip.
Untuk memulakan program, sentuh Mula/Berhenti dan 1 bip akan berbunyi (Rajah
14).
Untuk menjeda, sentuh Mula/Berhenti. Bip akan berbunyi, program dan lampu
Mula/Berhenti akan berkelip.
Untuk menyambung semula, sentuh Mula/Berhenti. Bip akan berbunyi. Lampu
program dan Mula/Berhenti akan menyala.
Untuk berhenti, kekalkan Mula/Berhenti selama 3 saat. Bip yang panjang akan
berbunyi dan lampu akan kembali kepada kedudukan 0.
Pemasa bermula dari masa program (contohnya: 1:30) dan menghitung mundur
Untuk menandakan program telah tamat, 3 bip akan berbunyi. Program dan lampu
Mula/Berhenti akan berkelip dan lampu akan kembali kepada kedudukan 0.
Fungsi denyutan
Putarkan butang ke kiri pada kedudukan “denyutan”. Bip akan berbunyi dan lampu
Mula/Berhenti akan berkelip.
Sentuh, kemudian tahan Mula/Berhenti untuk mengaktifkan denyutan dengan
serta-merta (tiada masa sela antara sentuh dengan permulaan pengisaran)
Lepaskan jari dari butang Mula/Berhenti untuk berhenti (lampu Mula/Berhenti
akan berkelip)