10 Bahasa Melayu
Ar
ahan k
eselamat
an
Arahan keselamatan
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro oleh
kerana ia boleh meletup, walaupun setelah pemanasan gelombang mikro selesai; Selain itu, jangan
panaskan botol kedap udara atau dikedap vakum, balang, bekas, kacang dalam kulit, tomato, dll.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan kain atau kertas. Ia boleh terbakar semasa
udara panas keluar dari ketuhar. Ketuhar juga boleh menjadi terlalu panas dan dimatikan secara
automatik, dan akan kekal dimatikan sehingga ia telah sejuk secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan bekas dari ketuhar untuk mengelakkan
luka terbakar yang tidak disengajakan.
Kacau cecair separuh jalan semasa memanas atau selepas pemanasan tamat dan biarkan cecair
sekurang-sekurangnya 20 saat selepas pemanasan untuk mencegah pendidihan yang membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya untuk mengelakkan melecur
disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong. Ketuhar gelombang mikro akan
dimatikan secara automatik selama 30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan meletakkan
segelas air di dalam ketuhar sepanjang masa untuk menyerap gelombang mikro jika ketuhar
gelombang mikro dihidupkan secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan yang dinyatakan di dalam manual ini. (Lihat memasang
ketuhar gelombang mikro anda.)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain pada soket berhampiran ketuhar.
Langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kemungkinan pendedahan pada
tenaga gelombang mikro yang melampau. (Fungsi gelombang mikro sahaja)
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan pendedahan kepada
tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
A.
Dalam apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali cuba mengendalikan ketuhar dengan pintunya
terbuka atau mengusik saling kunci keselamatan (selak pintu) atau memasukkan sesuatu benda ke
dalam lubang saling kunci keselamatan.
B.
JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau membiarkan
sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap. Pastikan pintu dan
permukaan kedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya selepas digunakan mula-mula dengan
kain lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut.
C.
JANGAN kendalikan ketuhar jika ia rosak sehingga ia telah dibaiki oleh juruteknik servis
gelombang mikro yang berkelayakan yang dilatih oleh pembuat. Adalah penting sekali pintu
ketuhar ditutup dengan betul dan tiada kerosakan pada:
1)
pintu (bengkok)
2)
engsel pintu (pecah atau longgar)
3)
kedap pintu dan permukaan kedap
MC35J8088LT_SP_DE68-04321J-01_MS.indd 10
3/19/2015 9:51:09 AM
Summary of Contents for MC35J8088 Series
Page 69: ...Memo MC35J8088LT_SP_DE68 04321J 01_MS indd 69 3 19 2015 9 51 38 AM ...
Page 70: ...Memo MC35J8088LT_SP_DE68 04321J 01_MS indd 70 3 19 2015 9 51 38 AM ...
Page 71: ...Memo MC35J8088LT_SP_DE68 04321J 01_MS indd 71 3 19 2015 9 51 38 AM ...
Page 73: ...微波炉 用户手册 MC35J8088 MC35J8088LT_SP_DE68 04321J 01_ZH indd 1 3 19 2015 10 11 41 AM ...
Page 141: ...备忘录 MC35J8088LT_SP_DE68 04321J 01_ZH indd 69 3 19 2015 10 12 00 AM ...
Page 142: ...备忘录 MC35J8088LT_SP_DE68 04321J 01_ZH indd 70 3 19 2015 10 12 00 AM ...
Page 143: ...备忘录 MC35J8088LT_SP_DE68 04321J 01_ZH indd 71 3 19 2015 10 12 00 AM ...
Page 213: ...Memo MC35J8088LT_SP_DE68 04321J 01_EN indd 69 3 19 2015 10 36 05 AM ...
Page 214: ...Memo MC35J8088LT_SP_DE68 04321J 01_EN indd 70 3 19 2015 10 36 05 AM ...
Page 215: ...Memo MC35J8088LT_SP_DE68 04321J 01_EN indd 71 3 19 2015 10 36 05 AM ...