4
MA
Mengguna Buku Panduan Ini
Anda baru sahaja membeli ketuhar gelombang mikro SAMSUNG.
Buku Panduan Pemilik ini mengandungi banyak maklumat yang
bernilai tentang cara-cara memasak menggunakan ketuhar
gelombang mikro anda.
•
Langkah-langkah keselamatan
•
Aksesori dan perkakas memasak yang sesuai
•
Panduan memasak yang berguna
Di bahagian kulit dalam anda akan menemui panduan carian segera
yang menerangkan tiga operasi memasak yang asas:
•
Memasak makanan
•
Mencair beku makanan
•
Menambah masa memasak
Di bahagian hadapan buku ini anda akan menemui ilustrasi ketuhar,
dan yang lebih penting lagi ialah ilustrasi panel kawalan, supaya anda
boleh mencari butang-butang dengan lebih mudah.
Prosedur langkah demi langkah menggunakan dua simbol yang berlainan.
LANGKAH BERJAGA-JAGA UNTUK MENGELAKKAN
PENDEDAHAN KEPADA TENAGA GELOMBANG MIKRO YANG
BERLEBIHAN
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan yang berikut boleh
mengakibatkan pendedahan kepada tenaga gelombang mikro yang
memudaratkan.
(a) Dalam apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali cuba menggunakan ketuhar
dengan pintunya terbuka atau mengusik saling kunci keselamatan (selak
pintu) atau memasukkan apa-apa benda ke dalam lubang saling kunci
keselamatan.
(b) Jangan letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan permukaan
depan atau membiarkan makanan atau sisa-sisa bahan pencuci terkumpul
pada permukaan kedap. Pastikan pintu dan permukaan kedap pintu sentiasa
bersih dengan mengelapnya selepas digunakan, mula-mula dengan kain
lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut.
(c) Jangan gunakan ketuhar sekiranya ia rosak sehinggalah ia telah diperbaiki
oleh juruteknik servis gelombang mikro yang berkelayakan yang dilatih oleh
pengeluar. Adalah penting sekali pintu ketuhar ditutup dengan betul dan tiada
kerosakan pada
(1) Pintu, kedap pintu dan permukaan kedap
(2) Engsel pintu (pecah atau longgar)
(3) Kabel kuasa
(d) Ketuhar tidak harus diperbetulkan atau diperbaiki oleh sesiapa selain
daripada juruteknik servis gelombang mikro yang berlayakan yang telah
dilatih oleh pengeluar.
Langkah-langkah Keselamatan
Petunjuk penting untuk keselamatan
Baca dengan teliti dan simpanlah sebagai petunjuk.
Sebelum memasak makanan atau cecair di dalam ketuhar gelombang
mikro anda, sila pastikan langkah-langkah keselamatan yang berikut
diambil.
1.
JANGAN gunakan apa-apa perkakas memasak logam di dalam ketuhar
gelombang mikro:
•
Bekas logam
•
Set makan malam yang mempunyai perapi emas atau perak.
•
Pencucuk daging, garpu, dan sebagainya.
Sebab:
Arka atau percikan api elektrik boleh berlaku dan boleh
merosakkan ketuhar.
2.
JANGAN panaskan:
•
Botol, balang atau bekas kedap udara atau kedap vakum.
Contoh) Balang makanan bayi
•
Makanan kedap udara.
Contoh) Telur, kacang di dalam kulit, tomato
Sebab:
Tekanan yang meningkat boleh menyebabkannya meletup.
Panduan: Tanggalkan penutup, cucuk kulit, beg, dan lain-lain.
3.
JANGAN kendalikan ketuhar gelombang mikro semasa ia kosong.
Sebab:
Dinding ketuhar itu boleh rosak.
Panduan: Tinggalkan segelas air di dalam ketuhar sepanjang masa. Air itu
akan menyerap gelombang mikro sekiranya anda secara tidak
sengaja menghidupkan ketuhar itu semasa ia kosong.
4.
JANGAN tutup lubang-lubang pengalihudaraan di belakang ketuhar dengan
kain atau kertas.
Sebab:
Kain atau kertas itu boleh terbakar kerana udara panas dilepaskan
dari ketuhar.
5.
SENTIASA gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan bekas dari
ketuhar.
Sebab:
Sesetengah bekas menyerap gelombang mikro dan haba sentiasa
dipindahkan daripada makanan kepada bekas. Oleh itu, bekas
menjadi panas.
6.
JANGAN sentuh unsur pemanasan atau dinding bahagian dalam ketuhar.
Sebab:
Dinding-dinding tersebut mungkin cukup panas untuk melecurkan
kulit walaupun selepas proses memasak selesai, meskipun ia tidak
kelihatan panas. Jangan biarkan bahan-bahan yang mudah
terbakar bersentuhan dengan mana-mana bahagian dalam
ketuhar. Biarkan ketuhar itu sejuk dahulu.
☛
✉
Penting
Nota
M1933N-MA.fm Page 4 Wednesday, November 28, 2001 9:01 AM
Summary of Contents for M1933N
Page 25: ...933N ...
Page 26: ...2 ...
Page 27: ...3 CT ...
Page 28: ...4 ...
Page 29: ...5 CT ...
Page 30: ...6 h ...
Page 31: ...7 CT ...
Page 32: ...8 ...
Page 33: ...9 CT ...
Page 34: ...10 ...
Page 35: ...11 CT ...
Page 36: ...12 ...
Page 37: ...13 CT ...
Page 38: ...14 ...
Page 39: ...15 CT ...
Page 40: ...16 ...
Page 41: ...17 CT ...
Page 42: ...18 ...
Page 43: ...19 CT ...
Page 44: ...20 ...
Page 45: ...21 CT ...
Page 46: ...22 ...
Page 47: ...23 CT ...
Page 48: ......
Page 72: ...M1933N_13N_GB_XML fm Page 24 Friday August 24 2001 5 10 PM ...