16
MA
Panduan Memasak (samb.)
MEMANAS SEMULA
Ketuhar gelombang mikro anda akan memanaskan semula makanan dalam
masa yang jauh lebih singkat daripada yang biasa diambil oleh hob ketuhar
konvensional.
Gunakan aras kuasa dan masa memanas semula dalam carta berikut sebagai
panduan. Masa dalam carta mengambil kira cecair dengan suhu bilik lebih
18 20°C atau makanan dingin dengan suhu lebih 5
7°C.
Menyusun dan menutup
Elakkan daripada memanaskan semula bahan-bahan besar seperti seketul besar
daging - ia mudah menjadi terlampau masak dan kering sebelum bahagian
tengahnya menjadi panas menggelegak. Memanaskan semula makanan yang
telah dipotong kecil-kecil adalah lebih berhasil.
Aras kuasa dan mengacau
Sesetengah makanan boleh dipanaskan semula menggunakan kuasa 600W
manakala yang lain-lain harus dipanaskan semula menggunakan kuasa 450W
ataupun 300W.
Semak jadual sebagai panduan. Secara amnya, lebih baik memanaskan semula
makanan menggunakan aras kuasa yang lebih rendah sekiranya makanan itu
tidak terlalu perisa dan dalam kuantiti yang banyak, kalau tidak kemungkinan ia
akan menjadi panas terlalu cepat (contohnya, pai daging kisar).
Kacau hingga sebati atau balikkan makanan semasa memanaskan semula untuk
mendapatkan hasil yang terbaik. Kacau sekali lagi sebelum dihidangkan, jika
boleh.
Berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi. Untuk mengelakkan
didihan cecair yang membuak-buak dan kemungkinan kulit anda melecur, kacau
sebelum, semasa dan selepas memanaskannya. Biarkan ia di dalam ketuhar
gelombang mikro semasa standing time. Kami mengesyorkan anda meletakkan
sebatang sudu plastik atau batang kaca ke dalam cecair itu. Elakkan
memanaskan makanan terlampau lama (dan dengan itu merosakkannya). Lebih
baik menganggar kurang masa memasak dan menambah masa memanas
tambahan, jika perlu.
Memanas dan masa biar
Apabila memanaskan semula makanan buat pertama kali, elok sekiranya anda
membuat catatan masa yang diambil - untuk rujukan masa hadapan.
Sentiasa pastikan bahawa makanan yang dipanaskan semula itu panas
menggelegak keseluruhannya.
Biarkan makanan sebentar selepas memanas semula - untuk membolehkan
suhunya menjadi sekata. Standing time yang disyorkan selepas memanas
semula ialah 2-4 minit, kecuali masa yang lain disyorkan dalam carta.
Berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi. Lihat juga bab yang
menerangkan tentang langkah-langkah keselamatan.
MEMANASKAN SEMULA CECAIR
Sentiasa berikan standing time sekurang-kurangnya 20 saat selepas ketuhar
dimatikan untuk membolehkan suhu ketuhar menjadi sekata. Kacau semasa
memanaskannya, jika perlu, dan SENTIASALAH kacau selepas
memanaskannya. Untuk mengelakkan didihan yang membuak-buak dan
kemungkinan kulit anda melecur, anda harus meletakkan sebatan sudu plastik
atau batang kaca ke dalam minuman dan kacau sebelum, semasa dan selepas
memanaskannya.
MEMANASKAN SEMULA MAKANAN BAYI
MAKANAN BAYI: Tuangkan makanan bayi ke dalam pinggan seramik yang
dalam. Tutup dengan tudung plastik. Kacau hingga sebati selepas
dipanaskan semula. Biarkan selama 2-3 minit sebelum
dihidangkan. Kacau sekali lagi dan periksa suhunya. Suhu
menghidang yang disyorkan ialah di antara 30-40°C.
SUSU BAYI: Tuangkan susu ke dalam botol kaca yang telah disterilkan.
Panaskan semula tanpa ditutup. Jangan sekali-kali memanaskan
botol bayi tanpa menanggalkan putingnya kerana botol boleh
meletup kalau terlampau panas. Goncang betul-betul sebelum
standing time dan sekali lagi sebelum dihidangkan. Sentiasalah
semak suhu susu atau makanan bayi dengan teliti sebelum
memberikannya kepada bayi. Suhu menghidang yang disyorkan
ialah 37°C.
NOTA:
Makanan bayi amat perlu diperiksa dengan teliti sebelum dihidangkan untuk
mengelakkan kulit melecur. Gunakan aras kuasa dan masa dalam jadual pada
muka surat sebelah sebagai garis panduan untuk memanas semula.
Masa dalam carta mengambil kira susu bayi dan makanan dengan suhu bilik
lebih 18°C 20°C.
M1630N_MA_Last.fm Page 16 Monday, July 9, 2001 8:59 AM
Summary of Contents for M1610N
Page 21: ...21 MA Nota M1630N_MA_Last fm Page 21 Monday July 9 2001 8 59 AM ...
Page 22: ...22 MA Nota M1630N_MA_Last fm Page 22 Monday July 9 2001 8 59 AM ...
Page 23: ...23 MA Nota M1630N_MA_Last fm Page 23 Monday July 9 2001 8 59 AM ...
Page 24: ...M1630N_MA_Last fm Page 24 Monday July 9 2001 8 59 AM ...
Page 69: ...21 GB Note M1630N_GB fm Page 21 Monday July 9 2001 9 03 AM ...
Page 70: ...22 GB Note M1630N_GB fm Page 22 Monday July 9 2001 9 03 AM ...
Page 71: ...23 GB Note M1630N_GB fm Page 23 Monday July 9 2001 9 03 AM ...
Page 72: ...M1630N_GB fm Page 24 Monday July 9 2001 9 03 AM ...