- Jangan halakan hos, tiub atau sebarang aksesori lain pada mata atau telinga dan jangan
letakkannya di dalam mulut anda apabila ia telah disambungkan kepada pembersih vakum dan
pembersih vakum tersebut dihidupkan.
awas
- Apabila anda menggunakan pembersih vakum untuk memvakum abu, pasir halus, kapur, habuk
simen dan bahan yang serupa, liang beg habuk menjadi tersumbat. Akibatnya, penunjuk beg
habuk penuh akan menunjukkan bahawa beg telah penuh. Ganti beg habuk, walaupun ia masih
belum penuh (lihat bab ‘Menggantikan/mengosongkan beg habuk’).
- Jangan sekali-kali gunakan perkakas tanpa penuras perlindungan motor. Ini boleh merosakkan
motor dan memendekkan hayat perkakas.
Medan Elektro Magnet (EMF)
- Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet
(EMF). Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas
selamat untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Bersedia untuk menggunakannya
hos
1
Untuk menyambung hos, tekan ia ke dalam perkakas (1) dan putar mengikut jam (2)
(‘klik’) (Gamb. 2).
2
Untuk menanggalkan hos, putar melawan jam dan tarik dari perkakas (Gamb. 3).
Tiub
1
Untuk menyambung bahagian-bahagian tiub ke arah satu sama lain, masukkan bahagian yang
sempit ke dalam bahagian yang lebih lebar sambil memusingkannya sedikit. (Gamb. 4)
2
Untuk menyambungkan tiub kepada siku hos, masukkan bahagian yang sempit ke dalam
bahagian yang lebih lebar sambil memusingkannya sedikit (Gamb. 5).
- Untuk menanggalkan sambungan tiub atau bahagian tiub, tarik sambil memusingkannya sedikit.
- Sambung dan tanggalkan aksesori dengan cara yang sama.
Muncung lantai
Muncung lantai membolehkan anda membersihkan lantai dengan cekap. Anda boleh menggunakan
muncung lantai pada permaidani dengan jalur berus dilipat ke dalam atau pada lantai keras
(contohnya bagi lantai berjubin, parket, berlamina atau berlinoleum) dengan jalur berus dilipat ke luar.
1
Untuk menyambungkan muncung lantai kepada tiub, masukkan bahagian yang sempit ke dalam
muncung lantai sambil memusingkannya sedikit (Gamb. 6).
2
Tolak suis rocker pada bahagian atas muncung lantai menggunakan kaki anda agar jalur berus
bagi membersihkan lantai keras keluar daripada perumah muncung (Gamb. 7).
3
Tolak suis rocker pada sebelah yang satu lagi agar jalur berus hilang ke dalam perumah
muncung (Gamb. 8).
alat ceruk
Anda boleh menggunakan alat ceruk untuk membersihkan tempat yang sukar dicapai dengan cepat
dan mudah.
- Anda boleh jumpa alat ceruk di dalam ruang alat ceruk perkakas. (Gamb. 9)
- Anda boleh sambungkan alat ceruk kepada tiub atau terus kepada gegenggam tangan pada hos.
1
Untuk menyambungkan alat ceruk, masukkan tiub atau gegenggam tangan sambil
memusingkannya sedikit.
Bahasa MElayu
19
Summary of Contents for FC8188
Page 1: ...FC8188 ...
Page 2: ...2 ...
Page 3: ...3 B I J K C D E F G M N P Q R S V T X W Y Z H L O A U 1 ...
Page 4: ...4 ...
Page 5: ...FC8188 English 6 Indonesia 10 한국어 14 Bahasa Melayu 18 ภาษาไทย 22 TiếngViệt 26 繁體中文 30 简体中文 34 ...
Page 38: ...38 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 ...
Page 39: ...39 22 23 24 ...
Page 40: ...4222 003 3530 1 ...