1
Jenis tertentu sahaja: tanggalkan penutup pelindung tahan haba (Gamb. 6).
Jangan tinggalkan penutup tahan panas terpasang pada plat tapak semasa menyeterika.
2
Letak seterika pada tumitnya.
3
Untuk menetapkan suhu penyeterikaan yang diperlukan, pusing tombol suhu pada kedudukan
yang sesuai (lihat jadual ‘Tetapan suhu dan stim’) (Gamb. 7).
Periksa label penjagaan pada kain kotor untuk mengetahui jenis fabriknya.
Jika anda tidak tahu jenis kain sesuatu pakaian itu diperbuat, tentukan suhu penyeterikaan yang betul
dengan menyeterika bahagian pakaian yang tidak kelihatan apabila anda memakai atau menggunakan
pakaian tersebut.
Bahan sutera, benang bulu dan sintetik: seterika bahagian belakang kain tersebut untuk mencegah
tompok-tompok berkilau. Bagi mengelakkan tanda, jangan gunakan fungsi semburan.
Mula menyeterika bahan yang memerlukan suhu penyeterikaan yang paling rendah, seperti pakaian
yang diperbuat dari gentian sintetik.
4
Tetapkan tetapan stim yang sesuai (lihat jadual ‘Tetapan suhu dan stim’) (Gamb. 8).
Nota: Pastikan tetapan stim yang anda pilih sesuai untuk suhu penyeterikaan yang telah ditetapkan.
5
Pasang palam wayar di soket dinding yang dibumikan.
,
Lampu suhu kuning jingga menyala (Gamb. 9).
6
Apabila lampu suhu kuning jingga padam, tunggu sebentar sebelum anda mula menyeterika.
Lampu suhu akan menyala dari masa ke masa semasa anda menyeterika.
Menggunakan perkakas
Penyeterikaan tanpa stim
1
Setkan pengawal stim pada kedudukan 0 (= tiada stim).
2
Tetapkan suhu penyeterikaan yang diperlukan (lihat bab ‘Menyediakan untuk penggunaan’,
bahagian ‘Memilih tetapan suhu dan stim’).
Penyeterikaan stim
Nota: Seterika mungkin mengeluarkan sedikit asap semasa anda menggunakannya pada kali pertama.
Ini akan berhenti selepas beberapa ketika.
1
Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
2
Tetapkan suhu penyeterikaan yang diperlukan (lihat bab ‘Menyediakan untuk penggunaan’,
bahagian ‘Memilih tetapan suhu dan stim’) (Gamb. 7).
3
Tetapkan suhu penyeterikaan yang sesuai (lihat bab ‘Menyediakan untuk penggunaan’, bahagian
‘Memilih tetapan suhu dan stim’) (Gamb. 8).
Nota: Seterika mula mengeluarkan stim sebaik saja ia mencapai suhu yang ditetapkan.
Menyeterika dengan Ionic DeepSteam (jenis tertentu sahaja)
Apabila anda menggunakan fungsi Ionic DeepSteam semasa penyeterikaan stim, stim yang
dikeluarkan adalah lebih halus daripada semasa penyeterikaan stim yang biasa. Stim halus meresap
lebih jauh ke dalam kain, terutamanya ke dalam fabrik yang tebal. Ini membantu anda menghilangkan
kedutan degil dengan lebih mudah.
1
Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
2
Tetapkan suhu penyeterikaan yang diperlukan (lihat bab ‘Menyediakan untuk penggunaan’,
bahagian ‘Memilih tetapan suhu dan stim’) (Gamb. 7).
BahaSa MElayu
15
Summary of Contents for Azur Ionic GC4730
Page 1: ...GC4700 SERIES ...
Page 2: ...2 ...
Page 3: ...3 A B C D E G H F I M L J K 1 ...
Page 4: ...4 ...
Page 5: ...GC4700 SERIES English 6 Bahasa Melayu 13 繁體中文 21 简体中文 27 ...
Page 33: ...33 ...
Page 34: ...34 0 2 3 4 5 6 7 0 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 0 18 19 20 21 ...
Page 35: ...35 ...
Page 36: ...4239 000 7343 2 ...