
10–11
ABS (Sistem Brek Anti-kekunci) adalah satu
sistem yang menghalang roda dari terus
berhenti berputar atau terkunci semasa
membrek kecemasan atau membrek di
atas permukaan jalan raya licin. Oleh itu ia
boleh meningkatkan kestabilan dan kawalan
kenderaan.
Terdapat keadaan di mana injak brek
bergegar atau mengeluarkan bunyi apabila
injak brek ditekan. Ini adalah tanda bahawa
ABS berfungsi dengan baik.
Seterusnya anda mungkin mendengar
bunyi dari ruang enjin selama beberapa
saat apabila kenderaan sampai ke sesuatu
kelajuan semasa kenderaan bergerak.
Bunyi ini bukanlah tanda luar biasa kerana
ia adalah dari sistem ABS yang menjalani
diagnosis sendiri permulaan.
EBD (Pengagih Daya Brek Elektronik)
EBD (Pengagih Daya Brek Elektronik) adalah
satu fungsi di mana daya brek optimum
diagihkan mengikut perjalanan dan beban
kenderaan. Dengan ini keberkesanan
membrek dalam keadaan berbeban terjamin
setiap masa.
* Sekiranya dilengkapi
ABS (Sistem Brek Anti-kekunci)*
PERINGATAN
• Walaupun kenderaan anda dilengkapi
dengan ABS, ia masih memerlukan
jarak berhenti yang mencukupi.
Sentiasa beri jarak yang selamat dari
kenderaan di hadapan anda.
• Jangan memandu terlampau laju
walaupun kenderaan anda dilengkapi
dengan ABS Sentiasa memandu
dengan cermat. Sentiasa berhati-hati
dengan keadaan jalan raya semasa
memandu.
• Berbanding dengan kenderaan tanpa
ABS, jarak membrek kenderaan yang
dilengkapi ABS mungkin lebih jauh di
atas jalan raya kasar atau jalan berbatu.
Kurangkan kelajuan apabila memandu
di atas jalan raya sebegini.
• Jika ABS mengalami kepincangan,
lampu amaran akan menyala. Dalam
keadaan begini, sistem brek biasa
masih berfungsi dengan baik walaupun
ABS tidak befungsi.
• Apabila lampu amaran menyala,
hantarkan kenderaan dengan segera
ke Pusat Servis Perodua yang berdaftar.
• Selepas enjin dihidupkan atau
kenderaan sedang bergerak, jika
lampu amaran sistem pembrekan
anti penguncian dan lampu amaran
brek terus menyala dan tidak padam,
hanya tayar belakang yang akan
terkunci semasa membrek kecemasan,
menyebabkan kenderaan tidak stabil.
• Dalam keadaan begini, elakkan
membrek secara mengejut dan hantar
untuk pemeriksan dengan segera ke
Pusat Servis Perodua yang berdaftar.
PERHATIAN
• Sistem ABS tidak beroperasi pada
kelajuan yang lebih rendah dari 10 km/j
(6 bsj). Sistem akan berfungsi seperti
brek biasa.
• Tentukan anda terus menekan brek
dengan kuat semasa membrek
kecemasan. Jika injak brek dilepaskan,
sistem ABS tidak akan memberikan
sebarang kesan yang diharapkan.
• Jangan membrek secara mengepam.
Jika anda melakukan membrek secara
mengepam, jarak membrek akan
menjadi lebih jauh.
• *“Membrek secara mengepam”
adalah membrek dengan menekan
dan melepaskan injak brek secara
berulang-ulang.
Sect 10_BM D42L.indd 11
21/11/2019 11:19 AM
Summary of Contents for Bezza
Page 1: ......
Page 2: ...Bahasa Melayu English...
Page 3: ...Versi Bahasa Melayu...
Page 4: ......
Page 10: ...Sect 00_BM D42L indd 6 31 10 2019 5 40 PM...
Page 122: ...Sect 05_BM D42L indd 23 21 11 2019 11 13 AM...
Page 130: ...Sect 06_BM D42L indd 7 24 10 2019 4 37 PM...
Page 152: ...Sect 07_BM D42L indd 21 21 11 2019 11 15 AM...
Page 153: ...8 Cermin sisi 8 1 Cermin dalam 8 2 Seksyen 8 Cermin Sect 08_BM D42L indd 1 24 10 2019 4 37 PM...
Page 164: ...Sect 09_BM D42L indd 7 24 10 2019 4 38 PM...
Page 230: ...Sect 11_BM D42L indd 19 24 10 2019 4 38 PM...
Page 236: ...Sect 12_BM D42L indd 5 24 10 2019 4 39 PM...
Page 298: ...Sect 16_BM D42L indd 3 24 10 2019 4 40 PM...
Page 304: ...Sect 17_BM D42L indd 5 24 10 2019 4 40 PM...
Page 305: ...18 Seksyen 18 Indeks Sect 18_BM D42L indd 1 24 10 2019 4 41 PM...
Page 313: ...English version English Version indd 1 05 11 2019 12 51 PM...
Page 319: ...Sect 00_EN D42L indd 6 24 10 2019 4 24 PM...
Page 347: ...Sect 02_EN D42L indd 17 24 10 2019 4 24 PM...
Page 405: ...Sect 04_EN D42L indd 15 24 10 2019 4 25 PM...
Page 435: ...Sect 06_EN D42L indd 7 24 10 2019 4 26 PM...
Page 467: ...Sect 09_EN D42L indd 7 24 10 2019 4 28 PM...
Page 543: ...Sect 13_EN D42L indd 9 24 10 2019 4 29 PM...
Page 593: ...Sect 16_EN D42L indd 3 24 10 2019 4 30 PM...
Page 599: ...Sect 17_EN D42L indd 5 24 10 2019 4 31 PM...
Page 600: ...18 Section 18 Indexs Sect 18_EN D42L indd 1 24 10 2019 4 31 PM...
Page 609: ...GD42L D2107 001 2106 Bezza_Owner s Manual Size 17 8cm W X 12 6cm H...