4
MS
Panduan keselamatan penting
4. Jangan letakkan ketuhar ini
berdekatan dengan mana-mana
periuk elektrik atau gas.
5. Kaki tidak boleh dikeluarkan.
6. Ketuhar ini hanya untuk kegunaan isi
rumah. Jangan gunakan di luar rumah.
7. Elakkan daripada menggunakan
ketuhar gelombang mikro dalam
kelembapan yang tinggi.
8. Kord kuasa tidak menyentuh
bahagian luar ketuhar. Jauhkan kord
daripada permukaan panas. Jangan
biarkan kord tergantung melepasi
pinggir meja atau atas meja kerja.
Jangan tenggelamkan kord, palam
atau ketuhar di dalam air.
9. Jangan sekat liang udara. Jika
bukaan ini disekat semasa ketuhar
sedang beroperasi, ketuhar
mungkin akan terlalu panas. Dalam
kes ini ketuhar dilindungi oleh
peranti keselamatan haba dan
akan menyambung operasi hanya
selepas penyejukan.
10. Apabila perlu untuk menggantikan
lampu ketuhar, sila berunding
dengan pengedar anda.
Aksesori
Ketuhar dilengkapi dengan pelbagai
aksesori. Sentiasa ikut arahan yang
diberikan untuk penggunaan aksesori.
Cincin Gulung
Q
Q
Jangan keluarkan cincin gulung dari
rongga lantai.
Q
Q
Cincin gulung dan ketuhar perlu
dibersihkan dengan kerap untuk
mengelakkan bunyi bising dan saki
baki makanan bertambah.
Q
Q
Cincin gulung mesti sentiasa
digunakan untuk memasak bersama
dengan dulang kaca.
Q
Q
Jika anda secara tidak sengaja
mengeluarkan cincin gulung, letakkan
cincin gulung perlahan-lahan ke dalam
lubang di tengah ketuhar dan
letakkannya pada gelendong di bawah.
Pemprosesan rata digunakan pada
gelendong untuk memegang kemas
cincin gulung semasa operasi.
Dulang Kaca
Q
Q
Sentiasa gunakan ketuhar dengan cincin
gulung dan dulang kaca di tempatnya.
Q
Q
Hanya gunakan dulang kaca yang direka
khas untuk ketuhar ini. Jangan gantikan
dengan sebarang dulang kaca yang lain.
Q
Q
Jika dulang kaca panas, biarkannya
sejuk sebelum cuci atau letakkan di
dalam air.
Q
Q
Dulang kaca boleh berputar dalam
kedua-dua arah.
Q
Q
Jika makanan atau bejana memasak
di atas dulang kaca menyentuh
dinding ketuhar dan dulang berhenti
berputar, dulang akan berputar
secara automatik ke arah yang
bertentangan. Ini perkara biasa.
Buka pintu ketuhar, ubah semula
makanan dan mulakan semula.
Q
Q
Jangan memasak makanan secara
langsung di atas dulang kaca.
Sentiasa letakkan makanan dalam
pinggan selamat gelombang mikro.
Q
Q
Semasa memasak, dulang kaca
boleh bergetar. Ini tidak akan
memberi kesan kepada prestasi
memasak.
Penting
Jika masa memasak yang disyorkan
terlebih, makanan akan rosak dan
dalam keadaan yang teruk boleh
menyebabkan terbakar dan mungkin
merosakkan bahagian dalam ketuhar.