
• Jangan menggantikan Kepala Pancuran,
Hos Pancuran, Kepala Pancuran Hujan
atau mana-mana bahagian Unit yang lain
dengan alat gantian selain
daripada alat gantian
asli.
Barangan dari model lain
tidak sesuai dengan model
ini dan boleh menyebabkan
perkara berbahaya berlaku
kepada pengguna.
• Semasa Pancuran Air Mandi digunakan oleh
golongan seperti kanak-kanak, orang tua, orang
sakit dan orang cacat anggota, orang yang
mendampingi mereka adalah dinasihatkan supaya
memeriksa suhu pancuran dengan tangan dari
semasa ke semasa.
B.MALA
YSIA
SEBELUM MENGGUNAKAN
Jangan gunakan Unit ini sekiranya anda mendapati sebarang kerosakan atau
keadaan luar biasa berlaku dan pastikan Pemutus Litar Elektrik berada dalam
keadaan "OFF". (Risiko berasap/kebakaran/kejutan elektrik/melecur)
•
Tuas Set Semula ELB tidak boleh berfungsi walaupun anda tolak ia ke atas atau Tuas Set Semula
ELB terus menggelongsor ke bawah semasa kendalian. Sila rujuk ke bahagian no. 3.
CARA-CARA MENGUJI di muka surat 16.
• Bau sesuatu terbakar atau asap keluar semasa kendalian.
• Penutup Set/Penutup Belakang berubah bentuk atau panas yang luar biasa.
• Suhu air pancuran menjadi terlalu panas dan tidak dapat di kawal dengan menggunakan Tombol
Kawalan Kuasa.
Sila hubungi wakil penjual anda dengan segera untuk penyenggaraan/pembaikian.
Contoh
kerosakan/
keadaan luar
biasa
• Jangan sembur air pada Unit,
atau meletakkan tuala basah
di atasnya bagi mengelakkan
dari bersentuh dengan
bahagian hidup untuk
menghalang dari bahaya
berasap, nyalaan api, kebakaran
dan kejutan elektrik.
• Beri perhatian kepada suhu pancuran apabila
mengurangkan pengaliran air.
Suhu pancuran akan menjadi sangat panas sekiranya
pengaliran air terlalu rendah.
• Semasa berlaku petir / kilat, matikan Pemutus Litar
Elektrik terlebih dahulu untuk melindungi Unit
Pancuran Mandi anda dari sebarang kerosakan.
• Pastikan Pemutus Litar Elektrik (MCB) dimatikan
sebelum penyelenggaraan untuk mengelakkan
bahaya kejutan elektrik.
• Pemeriksaan ke atas Pemutus Litar Bocor ke Bumi
(ELB) terbina hendaklah dilakukan sebulan sekali
untuk mengelakkan bahaya kepada pengguna
seperti kerosakan kepada harta benda, kecederaan
parah atau kematian. Sila rujuk ke bahagian no. 3.
CARA-CARA MENGUJI di muka surat 16.
•
Unit ini mesti dibumikan.
Pembumian yang tidak sempurna boleh menyebabkan
kejutan elektrik.
• Jangan masukkan jari atau objek lain ke dalam Unit
pancuran mandi elekrik untuk mengelakkan bahaya
fizikal dan kejutan elektrik.
• Hos logam/ krom dan injap kawalan konduktif tidak
boleh digunakan.
• Jika Tuas Set Semula ELB tidak boleh berfungsi
walaupun anda tolak ia ke atas atau Tuas Set
Semula ELB terus menggelongsor ke bawah
semasa kendalian, jangan gunakan Unit tersebut
dan sila hubungi wakil penjual dengan segera
untuk mengelakkan bahaya kepada pengguna
seperti kerosakan kepada harta benda, kecederaan
parah atau kematian. Jangan mengikat Tuas Set
Semula ELB secara paksa dengan pita pelekat dan
sebagainya.
• Setiap kali pancuran air dimulakan, periksa suhu air
dengan tangan sebelum mandi.
• Produk ini tidak boleh digunakan oleh pengguna (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal atau
mental, atau kekurangan pengalaman dan pengetahuan, kecuali diberikan arahan atau panduan tentang produk
oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka. Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk
memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan produk.
AMARAN
Hos Pancuran
Kepala
Pancuran
us
h
Push
• Berhati hati untuk tidak menyentuh Paip Pancuran Hujan semasa mandi dengan suhu tinggi kerana ia akan
menjadi panas. Boleh menyebabkan kecederaan.
ELB Test
ELB Reset
Push Up
DH-3NS1
Push On-Off
Pow
er Control
Off
High
ELB
Push
ELB Test
ELB Reset
Push Up
DH-3NS1
Push On-Off
Powe
r Control
Off
High
ELB
Push
- 3 -