
Ms-14
Simptom
Penjelasan & Perkara semakan
Unit Dalaman
Unit ini tidak boleh dikendalikan.
• Adakah pemutus dihidupkan?
• Adakah palam bekalan kuasa disambungkan?
• Adakah pemasa ditetapkan kepada ON?
Halaman 10
Semua lampu LED pada unit dalaman
berkelip.
• Adakah ram melintang dipasang dengan betul?
Halaman 8
Ram melintang tidak bergerak.
• Adakah ram melintang dan ram menegak dipasang dengan
betul?
Halaman 8
Unit ini tidak boleh dikendalikan selama lebih
kurang 3 minit apabila dimulakan semula.
• Ini melindungi unit mengikut arahan daripada mikropemproses.
Sila tunggu.
Kipas berhenti semasa operasi DRY.
• Dalam operasi DRY, unit ini beroperasi menggunakan litar
bahan penyejuk yang sama seperti dalam operasi COOL. Masa
operasi DRY perlu dikurangkan bagi merendahkan kelembapan
tanpa suhu bilik berkurang dengan banyak. Oleh itu kadangkala
pemampat berhenti, dan pada masa yang sama kipas dalaman
juga berhenti. Ini menghalang air pemeluwapan pada penukar
haba daripada tersejat semula.
Kabut dikeluarkan dari salur keluar udara unit
dalaman.
• Udara sejuk daripada unit ini menyejukkan kelembapan dalam
udara di dalam bilik dengan pantas, dan ia bertukar menjadi
kabut.
Operasi ayun RAM MELINTANG digantung
sementara, kemudian dimulakan semula.
• Ia bertujuan agar operasi ayun RAM MELINTANG dijalankan
secara normal.
Arah aliran udara berubah semasa operasi.
Arah ram melintang tidak boleh dilaraskan
menggunakan alat kawalan jauh.
• Apabila unit dikendalikan dalam mod COOL atau DRY, jika
operasi diteruskan dengan udara menghembus ke bawah
selama 0.5 hingga 1 jam, arah aliran udara secara automatik
ditetapkan kepada kedudukan menaik bagi menghalang air
daripada menyejat dan menitis.
Unit memulakan operasi sendiri apabila kuasa
utama dihidupkan, walaupun tidak beroperasi
dengan alat kawalan jauh.
• Model ini dilengkapi dengan fungsi mula semula auto.
Apabila kuasa utama dimatikan tanpa menghentikan unit
ini dengan alat kawalan jauh dan dihidupkan semula, unit
ini memulakan operasi secara automatik dalam mod yang
sama dengan mod yang ditetapkan menggunakan alat
kawalan jauh sejurus sebelum kuasa utama dimatikan.
Sila rujuk “Fungsi mula semula auto”
Halaman 8
.
Unit dalaman berubah warna lama-kelamaan. • Walaupun plastik menjadi kuning disebabkan oleh pengaruh
beberapa faktor seperti cahaya ultra ungu dan suhu, ini tidak
mempunyai kesan terhadap fungsi produk.
Unit Luaran
Air bocor keluar dari unit luaran.
• Semasa operasi COOL dan DRY, paip atau bahagian
penyambungan paip disejukkan dan ini menyebabkan berlakunya
pemeluwapan.
Alat kawalan jauh
Paparan pada alat kawalan jauh tidak muncul
atau malap. Unit dalaman tidak bertindak
balas terhadap isyarat alat kawalan jauh.
• Adakah bateri sudah lemah?
Halaman 6
• Adakah kekutuban (+, -) bateri betul?
Halaman 6
• Adakah sebarang butang pada alat kawalan jauh bagi perkakas
elektrik lain sedang ditekan?
A
PABILA ANDA FIKIR MASALAH BERLAKU
Walaupun jika item-item ini sudah diperiksa, jika unit ini tidak pulih daripada masalahnya, berhenti
menggunakan penyaman udara ini dan sila berunding dengan wakil penjual anda.