![Midea MVC-V18K-BA Instruction Manual Download Page 15](http://html1.mh-extra.com/html/midea/mvc-v18k-ba/mvc-v18k-ba_instruction-manual_1791692015.webp)
PENYELENGGARAAN
04
Kosongkan bekas debu
Sentiasa matikan suis pembersih vakum dan cabut keluar plag dari soket elektrik sebelum melakukan
kerja penyelenggaraan atau pembersihan.
Kosongkan bekas debu selepas setiap penggunaan. Pastikan juga untuk mengosongkan bekas debu
pada bila-bila masa apabila debu mencapai garis maksimum.
Bekas debu yang penuh akan mengurangkan kecekapan pembersih vakum, jadi pastikan untuk
mengosongkan bekas debu secara berkala.
1. Tekan butang pelepas bekas debu untuk mengangkat keluar bekas debu dari pembersih vakum.
2. Bawa bekas debu di atas tong sampah, kemudiannya tekan butang pelepas untuk membuka
penutup bawah. Debu akan jatuh keluar dari bahagian bawah lalu masuk ke dalam tong sampah.
3. Tutup penutup bekas debu selepas debu dikosongkan dengan sepenuhnya. Pasang semula bekas
debu pada pembersih vakum.