Arahan Penggunaan
Beras Perang
Beras Sushi
Secara lazimnya terdapat lima jenis Beras Perang yang biasanya dinamakan sebagai beras, gandum,
sekoi, kacang soya dan jagung. Tetap secara konvensional, kita menamakan bijirin sebagai Beras
Perang, kecuali beras dan tepung.
Berikut merupakan Beras Perang yang sedia ada di dalam pasaran:
Bijirin: Jagung, sekoi, beras merah, beras hitam, beras ungu, barli, oat, gandum hitam dan lain-lain.
Pelbagai kacang: kacang soya, kacang hijau, kacang merah, kacang hitam, kacang hijau, kacang buah
pinggang, kacang pis dan lain-lain.
Ubi: ubi keledek, ubi keladi, ubi kentang dan lain-lain.
Lain-lain: kacang tanah, Goji, kurma merah, walnut dan lain-lain.
Beras Perang diperbuat terutama dengan Beras Putih dan sesetengah daripada ramuan tersebut di atas.
Kelebihan Beras Perang adalah ia merupakan pemakanan berkhasiat dan seimbang.
Petua: Beras Perang biasanya kering, jadi ia perlu direndam dalam air sebelum dimasak agar kandungan
khasiatnya dapat diserap dengan sepenuhnya. Fiber tidak larut dalam air yang terkandung dalam kulit
Beras Perang yang keras mungkin dapat menggalakkan peristalsis usus. Bagaimanapun, kita perlu
mengambil kuantiti air yang banyak bagi membolehkan kandungan khasiatnya diserap sepenuhnya.
Jika tidak, ia mungkin menyebabkan usus tersumbat. Oleh itu, Beras Perang tidak sesuai diambil secara
berlebihan sekaligus. Ia harus diambil secara langkah demi langkah.
Cara-cara dan langkah-langkah memasak:
1. Rendam Beras Perang yang kering dan keras dalam air panas selama dua atau tiga jam. Langkah ini
boleh diabaikan jika bijirin telah dibuang kulitnya, segar dan lembut.
2. Bilas Beras Putih dan Beras Puerang apabila tamatnya proses merendam.
3. Gunakan cawan penyukat untuk tambahkan Beras Putih dan Beras Perang ke dalam periuk dalaman.
Tambahkan air sehingga mencapai paras air yang berkenaan, lepas itu tekan butang “Mula” untuk
memulakan proses memasak Beras Perang.
4. Apabila tamatnya proses memasak, kacau Beras Perang apabila penutup luarannya buat kali pertama
dibuka. Biarkan wap terlepas. Dengan itu, nasi akan kelihatan enak dan lembap.
Sushi diperbuat dengan nasi sejuk yang dicampur aduk dengan cuka (cuka beras), ditambah
dengan ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Nasi Sushi adalah penting untuk
menghasilkan Sushi yang enak, di mana berasnya hendaklah berkualiti dan mempunyai tekstur
yang keras. Adalah bagus jika dapat menggunakan jenis beras yang khas untuk memasak nasi
Sushi. Cara-cara memasak nasi Sushi:
1. Tuangkan beras yang sudah dibasuh ke dalam periuk dalaman, tambahkan air sehingga mencapai paras
yang serasi dengan bilangan cawan beras (berpandukan paras air untuk Beras Dongbei).
2. Tekan butang “Mod” untuk memilih Beras Sushi, lepas itu tekan butang “Mula”. Unit ini akan mengambil
masa 1 jam untuk menamatkan proses memasak Nasi Sushi.
3. Tambahkan bahan-bahannya sebaik sahaja nasi siap dimasak. Kacau nasi dan sejukkan nasi dengan
kipas bagi mencegah beras daripada melekit. Nisbah cuka Sushi dengan nasi adalah 1:6.
4. Kacau beras yang sudah dimasak, taburkan cuka Sushi pada beras dan dikacau dengan sekata. Jangan
menekan nasi agar nasi kekal dalam keadaan baik dan lembut.
5. Letakkan sekeping rumpai laut di atas tikar Sushi, lepas itu taburkan nasi dari kiri ke kanan. Ratakan
nasi dari bawah ke atas dengan sedikit tenaga tetapi jangan ditekan dengan kuat bagi memastikan ia
enak dimakan.
6. Susunkan bahan-bahannya di bahagian tengah mengikut citarasa anda. Contohnya ikan, makanan laut,
sayur-sayuran dan telur. Gulung rumpai laut menggunakan tikar Sushi dan biarkan satu minit sebelum
dipotong.
7. Letakkan sedikit air pada pisau ketika memotong Sushi bagi memastikan nasi melekit tidak melekat pada
pisau anda. Dipotong dari atas ke bawah sekaligus bagi memastikan Sushi kelihatan cantik. Sebatang
Sushi boleh dipotong
menjadi 4 hingga 8 keping mengikut keperluan dan kesukaan individu.