
5
• Beri perhatian penuh kepada
pemanduan anda.
• Gunakan kit bebas tangan, jika
tersedia.
• Pergi ke tepi jalan dan letak kereta
sebelum membuat atau menjawab
panggilan jika keadaan pemanduan
memerlukan anda berbuat demikian.
• Tenaga RF mungkin menjejaskan
sesetengah sistem elektronik dalam
kenderaan anda seperti stereo kereta
dan kelengkapan keselamatan.
• Jika kenderaan anda dilengkapi
dengan beg udara, jangan
menghalangnya dengan
kelengkapan wayarles yang
terpasang atau mudah alih. Ini
boleh menyebabkan beg udara
gagal berfungsi atau menyebabkan
kecederaan yang serius kerana
prestasi yang tidak betul.
• Jika anda sedang mendengar muzik
ketika bergerak dan berjalan, sila
pastikan bahawa kelantangannya
berada pada paras yang berpatutan
agar anda sedar akan keadaan di
sekeliling anda. Ini amat penting
terutamanya semasa berhampiran
dengan jalan raya.
Elakkan Kerosakan pada
Pendengaran Anda
Kerosakan kepada pendengaran anda
boleh berlaku jika anda terdedah
kepada bunyi yang kuat untuk tempoh
yang lama. Oleh itu kami menyarankan
agar anda tidak menghidupkan atau
mematikan telefon ketika ia terlalu
hampir dengan telinga anda. Kami juga
mengesyorkan agar kelantangan muzik
dan panggilan ditetapkan pada paras
yang berpatutan.
Nota:
Tekanan bunyi yang
melampau daripada fon telinga
boleh menyebabkan kehilangan
pendengaran.
Kawasan Letupan
Jangan gunakan telefon di mana
peletupan sedang dijalankan. Patuhi
sekatan dan ikuti peraturan dan
undang-undang.
Persekitaran Boleh Meletup
• Jangan gunakan telefon pada
tempat mengisi semula bahan api.
• Jangan gunakan berhampiran bahan
api atau bahan kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas atau
cecair mudah terbakar atau bahan
letupan dalam petak kenderaan anda
yang mengandungi telefon bimbit
dan aksesori anda.
Di dalam Pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan
gangguan pada pesawat.
• Matikan telefon bimbit anda
sebelum menaiki sebarang pesawat
terbang.
• Jangan simpan telefon di sebelah
kad kredit atau tiket pengangkutan;
ia boleh menjejaskan maklumat
pada jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek
yang tajam kerana ia boleh
merosakkan telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada
cecair atau kelembapan.
• Gunakan aksesori seperti fon telinga
dengan berhati-hati. Jangan sentuh
antena jika tidak diperlukan.
Operasi Telefon yang Cekap
Peranti Elektronik
• Jangan gunakan telefon bimbit
anda berhampiran kelengkapan
perubatan tanpa meminta
kebenaran. Elakkan daripada
meletakkan telefon di atas perentak
jantung iaitu di dalam poket dada
anda.
• Sesetengah alat pendengaran
mungkin mengalami gangguan
kerana telefon bimbit.
• Sedikit gangguan mungkin boleh
memberi kesan pada TV, radio, PC,
dsb.
Keselamatan Jalan Raya
Semak undang-undang dan peraturan
mengenai penggunaan telefon bimbit
di kawasan tempat anda memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang
tangan semasa memandu.
LG-A230_SEA_Malay_1.0_110617.indd 5
11. 06. 17 오후 4:19
Summary of Contents for LG-A230
Page 2: ...LG A230_SEA_Cover_1 0_110427 indd 2 11 06 16 오후 9 11 ...
Page 101: ...Memo 5_115 memo_Gray indd 2 2009 12 28 5 59 11 PM ...
Page 102: ...Memo 5_115 memo_Gray indd 1 2009 12 28 5 59 11 PM ...
Page 103: ...Memo 5_115 memo_Gray indd 2 2009 12 28 5 59 11 PM ...
Page 104: ...Memo 5_115 memo_Gray indd 1 2009 12 28 5 59 11 PM ...
Page 105: ...Memo 5_115 memo_Gray indd 2 2009 12 28 5 59 11 PM ...
Page 106: ...Memo 5_115 memo_Gray indd 1 2009 12 28 5 59 11 PM ...