
3
Kandungan
Pendedahan kepada Tenaga
Frekuensi Radio
Maklumat Pendedahan kepada
Gelombang Radio dan Kadar
Penyerapan Khusus (SAR)
Telefon mudah alih model LG-A230 ini
telah direka bentuk untuk mematuhi
keperluan keselamatan yang dikenakan
terhadap pendedahan kepada
gelombang radio. Keperluan ini adalah
berdasarkan garis panduan saintifik
yang memasukkan margin keselamatan
yang direka bentuk untuk memastikan
keselamatan semua pengguna tanpa
mengira umur dan keadaan kesihatan.
• Garis panduan bagi pendedahan
kepada gelombang radio
menggunakan unit ukuran yang
dikenali sebagai Kadar Penyerapan
Khusus, atau SAR. Ujian SAR
dijalankan menggunakan kaedah
yang dipiawaikan dengan telefon
memancarkan pada aras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam
semua jalur frekuensi.
• Walaupun terdapat perbezaan
antara tahap SAR pelbagai model
telefon LG, semuanya direka bentuk
untuk memenuhi garis panduan
relevan bagi pendedahan kepada
gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan
oleh Suruhanjaya mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan Pengion
Antarabangsa (ICNIRP) ialah 2 W/kg
dipuratakan ke atas 10 g tisu.
• Nilai SAR tertinggi untuk telefon
bimbit model ini yang diuji oleh
DASY4 untuk kegunaan berdekatan
telinga ialah 1.43 W/kg (10 g), dan
apabila dipakai pada badan ialah
1.44 W/kg (10 g).
• Maklumat data SAR bagi penduduk
di negara/kawasan yang telah
mengambil had SAR yang disyorkan
oleh Institut Jurutera Elektrik dan
Elektronik (IEEE), iaitu 1.6 W/kg
dipuratakan ke atas 1 g tisu.
Penjagaan dan
Penyenggaraan Produk
AMARAN:
Hanya gunakan
bateri, pengecas dan aksesori
yang diluluskan sahaja untuk
digunakan dengan model telefon
ini. Penggunaan mana-mana jenis
lain boleh mentaksahkan sebarang
kelulusan atau waranti yang
dikenakan pada telefon, dan ia
mungkin berbahaya.
• Jangan tanggalkan pemasangan unit
ini. Bawa ia kepada juruteknik servis
yang layak jika kerja pembaikan
diperlukan.
Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
LG-A230_SEA_Malay_1.0_110617.indd 3
11. 06. 17 오후 4:19
Summary of Contents for LG-A230
Page 2: ...LG A230_SEA_Cover_1 0_110427 indd 2 11 06 16 오후 9 11 ...
Page 101: ...Memo 5_115 memo_Gray indd 2 2009 12 28 5 59 11 PM ...
Page 102: ...Memo 5_115 memo_Gray indd 1 2009 12 28 5 59 11 PM ...
Page 103: ...Memo 5_115 memo_Gray indd 2 2009 12 28 5 59 11 PM ...
Page 104: ...Memo 5_115 memo_Gray indd 1 2009 12 28 5 59 11 PM ...
Page 105: ...Memo 5_115 memo_Gray indd 2 2009 12 28 5 59 11 PM ...
Page 106: ...Memo 5_115 memo_Gray indd 1 2009 12 28 5 59 11 PM ...