21
❏
Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
(Disambung)
Persekitaran Boleh Meletup
Jangan menggunakan telefon di tempat mengisi bahan bakar. Jangan gunakan
berdekatan dengan bahan bakar atau kimia.
Di Dalam Pesawat
Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
›
Matikan telefon bimbit anda sebelum menaiki sebarang pesawat.
Kanak-kanak
Pastikan telefon disimpan jauh daripada jangkauan kanak-kanak. Ia mempunyai
bahagian kecil yang jika ditanggalkan boleh menyebabkan bahaya tercekik.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tiada di bawah semua rangkaian selular. Oleh itu,
anda tidak sekali-kali harus bergantung pada telefon ini semata-mata untuk membuat
panggilan kecemasan. Semak dengan pembekal khidmat tempatan anda.
❏
Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
(Disambung)
Maklumat dan Penjagaan Bateri
›
Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula.
Tidak seperti sistem bateri lain, tiada kesan ingatan yang boleh menjejas prestasi
bateri.
›
Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.
›
Jangan buka atau melitar pintas pek bateri.
›
Gantikan bateri apabila ia tidak lagi memberikan prestasi yang boleh diterima. Pek
bateri boleh dicas beratus-ratus kali sehingga ia perlu diganti.
›
Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau gunakan
ia dalam kelembapan tinggi seperti di dalam bilik air.
›
Risiko meletup jika bateri diganti dengan jenis yang salah.
›
Lupuskan bateri yang terpakai menurut arahan pengilang.
KP110_Malaysia_1.0_0328_���.indd21 21
2008.4.8 11:10:27 AM