19
❏
Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
(Disambung)
Peranti Elektronik
Semua telefon wayarles boleh mendapat gangguan, yang boleh menjejas
prestasinya.
›
Jangan gunakan telefon bimbit anda berdekatan dengan kelengkapan perubatan
tanpa meminta izin. Elakkan daripada meletakkan telefon di atas perentak jantung,
iaitu di dalam saku dada anda.
Keselamatan Di Jalan Raya
Periksa undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon
bimbit di kawasan-kawasan tempat anda memandu.
›
Jangan gunakan telefon semasa memandu.
›
Gunakan kit bebas tangan, jika terdapat.
›
Keluar dari jalan raya dan letakkan kereta sebelum membuat dan menjawab
panggilan jika keadaan memandu memerlukan.
Kawasan Letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Ikut sekatan-sekatan,
dan patuhi sebarang undang-undang atau peraturan.
❏
Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
Baca garis panduan mudah ini. Melanggar peraturan mungkin merbahaya atau salah di
sisi undang-undang. Maklumat terperinci lanjut diberikan di dalam buku panduan ini.
Amaran
›
Untuk keselamatan anda, gunakan HANYA bateri dan pengecas yang ditentukan
TULEN.
›
Matikan telefon di sebarang tempat di mana peraturan khas menghendakinya.
Misalnya, jangan gunakan telefon anda di hospital kerana ia boleh menjejas
peralatan perubatan yang peka.
›
Bateri harus dibuang menurut undang-undang yang berkaitan.
Penjagaan dan Penyenggaraan Produk
Amaran!
Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk
digunakan khususnya dengan telefon model ini. Penggunaan sebarang jenis lain
boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan
telefon ini, dan mungkin merbahaya.
›
Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. (Bawa ia ke juruteknik khidmat yang
berkelayakan apabila kerja pembaikan perlu dilakukan.)
›
Unit ini harus diletakkan jauh dari sumber haba seperti penyinar atau alat
memasak.
›
Gunakan kain kering untuk membersihkan bahagian luar unit. (Jangan gunakan
sebarang pelarut.)
›
Jangan simpan telefon bersebelahan dengan kad kredit atau tiket pengangkutan; ia
boleh menjejas maklumat di dalam jalur bermagnetnya.
KP110_Malaysia_1.0_0328_���.indd19 19
2008.4.8 11:10:27 AM