29
• Jika kenderaan anda
dlengkapi dengan beg
udara, jangan letakkan
barang-barang dengan
kelengkapan wayarles
yang dipasangkan atau
mudah alih. Ini boleh
menyebabkan beg udara
gagal berfungsi atau
menyebabkan kecederaan
yang serius kerana prestasi
yang tidak betul.
• Jika anda sedang
mendengar muzik
ketika bergerak dan
berjalan, sila pastikan
bahawa kelantangannya
berada pada paras yang
berpatutan agar anda sedar
akan keadaan di sekeliling
anda. Ini amat penting
terutamanya semasa
berhampiran dengan jalan.
Elakkan Kerosakan pada
Pendengaran Anda
Kerosakan kepada
pendengaran anda
boleh berlaku jika anda
terdedah kepada bunyi
yang kuat untuk tempoh
yang lama. Oleh itu kami
menyarankan agar anda
tidak menghidupkan atau
mematikan telefon terlalu
hampir dengan telinga anda.
Kami juga menyarankan
bahawa kelantangan muzik
dan panggilan ditetapkan
pada paras yang berpatutan.
Kawasan Letupan
Jangan gunakan telefon di
mana peletupan sedang
dijalankan. Patuhi sekatan
dan ikuti peraturan dan
undang-undang.