6
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk
digunakan bersama model tertentu telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain
boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan
telefon, dan mungkin berbahaya.
•
Fleksibiliti produk ini adalah terhad untuk menahan penggunaan biasa. Telefon ini
boleh bengkok rata sehingga 180 darjah untuk tempoh masa yang terhad tetapi
tidak boleh bengkok ke dalam. Kerosakan yang disebabkan oleh salah guna,
termasuk tetapi tidak terhad kepada sengaja dibengkokkan atau mengenakan daya
paksa secara berterusan pada produk, boleh menyebabkan kerosakan yang kekal
pada paparan dan/atau bahagian-bahagian lain dan fungsi telefon.
•
Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis yang
layak jika kerja pembaikan diperlukan.
•
Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin termasuk
penggantian bahagian atau papan yang sama ada baru atau yang diperbaiki,
asalkan kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang diganti.
•
Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
•
Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau dapur.
•
Jangan jatuhkan.
•
Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau kejutan.
•
Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat demikian
oleh undang-undang khas. Contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana ia
mungkin mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
•
Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon sedang
dicas. Ia boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan telefon mungkin akan
rosak teruk.
•
Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana telefon
bimbit akan menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
Summary of Contents for G Flex 2 LG-H959
Page 1: ...www lg com MFL69597001 1 0 简体中文 ENGLISH BAHASA MELAYU LG H959 USER GUIDE ...
Page 2: ......
Page 287: ......