4
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin
merbahaya atau tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat perisian dibina di dalam peranti anda akan
mengumpulkan log kesilapan. Alat ini hanya mengumpulkan data yang khusus kepada
kesilapan, seperti kekuatan isyarat, cell ID position (kedudukan ID sel) dalam kegagalan
panggilan dan aplikasi yang dimuatkan secara tiba-tiba. Log hanya digunakan untuk
membantu menentukan punca bagi kesilapan. Log ini dienkripsi dan hanya boleh
diakses oleh Pusat pembaikan LG yang sah, sekiranya anda perlu mengembalikan
peranti anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Model telefon bimbit ini LG-H959 telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan
keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini
adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang
direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan
kesihatan.
•
Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit
ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR.
Ujian bagi SAR
dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan
pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
•
Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG,
semuanya direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Summary of Contents for G Flex 2 LG-H959
Page 1: ...www lg com MFL69597001 1 0 简体中文 ENGLISH BAHASA MELAYU LG H959 USER GUIDE ...
Page 2: ......
Page 287: ......