Pengenalan Bahagian
Talikod AC
Senduk
160ml Cawan Penyukat
Aksesori
Periuk dalaman
Tangkai Penutup
Penutup
Suis Memasak
Pemegang
Penunjuk memasak
Badan luar
Penunjuk memanas
Tapak
Maklumat-maklumat Keselamatan dan Amaran
Maklumat Langkah-langkah Keselamatan
Maklumat Langkah-langkah Keselamatan
1. Baca semua arahan sebelum menggunakan perkakas ini.
2. Jangan gunakan perkakas ini jika talikod kuasa telah rosak, atau berlaku kerosakan pada unit ini.
3. Perkakas ini bukan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya fizikal,
deria atau kecacatan mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka diberi
perhatian atau tunjuk ajar berkaitan penggunaan perkakas oleh orang yang bertanggungjawab untuk
keselamatan mereka.
Kanak-kanak haruslah diperhatikan untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
4. Jika talikod telah rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, wakil servis atau orang yang berkelayakan
untuk mengelakkan sebarang bahaya.
5. Plat pemanas akan masih panas selepas setiap kali digunakan. Jangan sentuh permukaan ini atau
mana-mana bahagian peralatan yang masih panas selepas digunakan.
6. Perkakas ini adalah untuk kegunaan di dalam rumah sahaja. Jangan gunakan ia untuk tujuan yang
tidak sepatutnya.
7. Jangan rendam perkakas ke dalam air atau apa-apa cecair.
8. AMARAN! Elakkan penumpahan cecair pada penyambung kuasa.
9. AMARAN! Penyalahgunaan produk ini boleh menyebabkan kecederaan.
10. Berjaga-jaga dengan wap panas yang terbebas semasa anda membuka penutup perkakas. Jauhi tangan
dan muka anda dari terkena wap panas ini.
11. Sentiasa letakkan periuk nasi di atas permukaan rata dan stabil sebelum memulakan operasi memasak.
Jangan dedahkan periuk nasi dengan air, kelembapan atau sumber yang panas. Jangan dedahkan
Periuk Dalaman secara terus pada api.
12. Sekiranya Periuk Dalaman tidak diletakkan dengan betul di dalam periuk nasi, suis memasak tidak
akan berfungsi. Jangan sambung atau tekan dengan paksa.
Nota: Sekiranya Periuk Dalaman tidak diletakkan dengan betul pada plat elemen pemanas, suis
memasak juga tidak akan befungsi.
Pembersihan dan Penyelenggaraan
1. Tutupkan suis, tanggalkan plag dan biarkan perkakas ini sejuk apabila perkakas tidak digunakan, atau
setiap kali menanggalkan dan memasangkan bahagian-bahagiannya atau ketika perlu dibersihkan.
2. Gunakan kain lembap untuk membersihkan Badan Luaran. Keluarkan Periuk Dalaman dan Penutup
Dalaman ketika membersihkan dengan menggunakan bahan pencuci. Jangan gunakan pencuci yang
kasar atau sebarang bahan kimia untuk membersihkan perkakas.
3. Jangan gunakan berus wayar atau berus kasar, ia mungkin mencalarkan permukaan.
4. Lapkan sehingga kering dengan menggunakan kain yang bersih.
5. Nasi dan benda asing yang lain mungkin akan melekat pada plat pemanas pada periuk nasi. Segala
kekotoran (atau sebarang benda asing) hendaklah dibersihkan dengan menggunakan kain lembut yang
bersih. Dengan melakukan ini, kekeringan dan kebersihan pada permukaan di antara plat pemanas
dan permukaan Periuk Dalaman akan meningkatkan prestasi memasak.
6. Jangan rendam perkakas ke dalam air atau apa-apa cecair.
Benda
asing
Elemen
pemanas
SALAH
Periuk tersangkut
di tepi atas
elemen pemanas
Periuk
tersangkut
di tepi
badan
SALAH
11
12
BM
BM