1. Apabila guna untuk kali pertama:
- Lapkan permukaan dalaman dan aksesori dengan kain basah.
- Buka pintu sedikit, pilih kedua-dua elemen pemanas atas dan bawah dan tetapkan masa kepada 15 minit.
- Dalam masa beberapa minit, sedikit asap dan bau mungkin keluar daripada perkakas. Jangan bimbang. Ini
adalah biasa.
2. Sediakan makanan untuk dimasak. Biarkan ketuhar memanas selama 15 minit.
3. Sapukan minyak atau marjerin di atas dulang pembakar sebelum meletakkan makanan. Masukkan dulang
pembakar ke dalam ketuhar dan tutup pintu.
4. Pilih suhu dan masa yang dikehendaki untuk memasak.
5. Apabila makanan dimasak di atas dulang pembakar masukkan dulang pembakar ke dalam bahagian kancing
rak paling bawah untuk mengelakkan minyak atau lemak menitik ke dalam pemanas bawah.
6. Laraskan semua suis pada kedudukan OFF selepas digunakan. Tanggalkan plag.
7. Tombol Pemilih untuk Fungsi Memasak
Pemilih Pemanas untuk mengawal operasi elemen Pemanas Atas dan Bawah.
Kedudukan 1 - OFF / Tamat atau Matikan operasi
Kedudukan 2 - Mengendalikan Pemanasan Perolakan
Kedudukan 3 - Mengendalikan Pemanasan Rotisserie
Kedudukan 4 - Mengendalikan pemanasan Perolakan & Rotisserie
8. Penunjuk Kuasa: menerangi apabila oven dihidupkan.
Rak pembakar: untuk memanggang ayam, daging, ikan dan pelbagai jenis makanan lain.
Pemegang dulang/pemegang rak: untuk mengangkat rak / dulang pembakar semasa panas.
Penyepit: digunakan untuk memanggang pelbagai jenis daging dan ayam.
Pemegang penyepit: untuk memindahkan penyepit yang panas daripada oven.
9. Tombol Pemilih Pemanasan
Langkah 1 - Tetapkan cara pemanasan yang anda mahukan (atas, bawah atau kedua-duanya)
Langkah 2 - Pilih suhu masakan yang diperlukan
Langkah 3 - Pilih tempoh masa memasak yang diperlukan. Putar tombol mengikut arah jam untuk
menetapkan masa. Loceng berbunyi pada akhir waktu memasak
# Tips Memasak:
1) Elemen Pemanas Bawah: dipilih untuk membakar kek, pai, biskut, ayam, daging dan sebagainya.
2) Elemen Pemanasan Atas & Bawah & Perolakan: untuk membakar roti, pizza, ikan, stik, ayam, dan
lain-lain, dengan pemanasan lebih rata
3) Elemen Pemanasan Atas & Perolakan: untuk memanggang ikan, stik, ayam, dan lain-lain, dengan
pemanasan yang lebih rata
4) Elemen Pemanas Atas dan Bawah: dipilih untuk membakar roti, muffin, piza dan sebagainya.
5) Elemen Pemanasan Atas & Memanggang Golek: untuk membakar roti daging, stik, ayam, dan
lain-lain, memutar makanan
6) Elemen Pemanasan Atas & Bawah & Perolakan & Memanggang Golek: untuk membakar roti daging,
stik, ayam, dan lain-lain, memutar makanan dengan pemanasan yang lebih rata
10. Fungsi memanggang-golek.
• Masukkan penyepit seperti yang ditunjukkan
di gambarajah A dan B.
• Tip: Jangan memasak makanan melebihi 3.5 kg
dengan fungsi memanggang-golek.
11. Pilih suhu memasak, elemen pemanas, fungsi dan masa untuk mula memasak.
# Tips memasak
1) Sediakan ayam dan masukkan penyepit ke dalam ayam (atau daging), kemudian pastikan ayam disemat
dengan pengapit pada penyepit. Gunakan lidi satay (atau peralatan lain) untuk mengikat kepak ayam
pada badan ayam. Masukkan penyepit dengan makanan (lihat gambarajah No.10). Pilih Fungsi
Memanggang-Golek dan Elemen Pemanas Atas . Pilih suhu dan masa yang dikehendaki.
2) Fungsi nyahbeku. Cadangan tetapan: tetapkan suhu pada 100˚C, pilih elemen pemanas bawah & fungsi
perolakan. Masa nyahbeku: 40 hingga 50 minit, bergantung pada saiz makanan. Anda juga boleh
merujuk pada panduan cadangan nyahbeku yang terdapat pada bungkusan makanan.
Pemanggang-golek akan berhenti dari berpusing semasa operasi memasak. Ini adalah kerana suhu yang
dikehendaki telah dicapai dan kuasa untuk pemanas telah dihentikan. Apabila suhu turun, perkakas akan
membekalkan kembali kuasa pada pemanas dan pemanggang-golek akan kembali berpusing.
Pemanggang-golek juga akan berhenti berpusing apabila masa yang ditetapkan tercapai.
Untuk menetapkan tempoh memasak kurang dari 10 minit. Sila pusing tombol pilihan pemasa melebihi 10 minit
dahulu & pusingkan kembali ke tempoh memasak yang diingini.
Cara-cara penggunaan
Masukkan penghujung penyepit
yang tajam
A
Letakkan penyepit di
alur keselamatan
Penyangkut penyepit
B
8
Note
Summary of Contents for OT100E
Page 10: ...www khind com my...