
19
20
148.5mm
210mm
Pemasangan
Operasi
Operasi
1. Tanggalkan perkakas dari bungkusan.
2. Bersihkan perkakas secara keseluruhan bagi menanggalkan sebarang saki baki pengilangan ( lihat
“pembersihan dan peyenggaraan”)
Perlindungan dari Pemanasan Melampau
Pra-Pemanasan
Daging, ikan, kentang goreng
Rak titisan
Lemak/ minyak / gris yang
berlebihan akan menitik ke
dasar pan, untuk
mengurangkan pengambilan
lemak.
Pastikan rak titisan mendapat
ruang secukupnya di antara
makanan dan bahagian bawah,
ini bagi memastikan kitaran
udara panas lebih lancar dan
makanan di masak secara sama
rata.
Ketuhar penggoreng elektrik ini didatangkan dengan alat perlindungan yang telah siap sedia dipasangkan bagi
mengelakkan dari pemanasan melampau. Alat perlindungan ini akan diaktifkan setelah suhu melangkaui had yang
telah ditetapkan. Sekiranya ini berlaku, anda perlu menyejukkan perkakas dengan mematuhi langkah-langkah berikut:
1. Matikan perkakas dengan memutarkan kedua-dua tombol kawalan suhu dan tombol kawalan masa sehingga habis
ke arah kiri. Cabut plug daripada soket.
2. Berikan perkakas masa yang cukup untuk menyejuk.
Suhu dan Penetapan Masa
Untuk menyalakan ketuhar penggoreng elektrik, pulas tombol kawalan suhu kepada suhu yang dikehendaki dan
pulas tombol kawalan masa kepada masa yang dikehendaki, dan ketuhar penggoreng elektrik akan mula berfungsi.
Pelarasan suhu:
1. Pulas tombol kawalan suhu berdasarkan jangka suhu menu atau resepi yang diberikan, jangka pelarasan suhu
bagi perkakas ini ialah di antara 80°C – 200 °C (Max: 200°C, Min: 80°C ).
Bagi mendapatkan hasil masakan yang memuaskan, kami mencadangkan agar anda melakukan pra-pemanasan
setelah perkakas ini sejuk, anda boleh melakukan pra-pemanasan terhadap perkakas tanpa sebarang bahan
masakan di dalamnya dan melaraskan suhu ke 190°C dengan penetapan masa 3 minit.
Meningkatkan suhu
Pulas mengikut arah jam
Mengurangkan suhu
Pulas melawan arah jam
80
100
120
140
160
180
200
80
100
120
140
160
180
200
Cara Penggunaan
Pelindung Suis Mikro
Pelarasan masa:
1. Pulas tombol kawalan masa berdasarkan jangka masa menu atau resepi yang diberikan, penetapan jangka masa
bagi produk ini ialah di antara 0 – 60min ( Max: 60min )
Meningkatkan masa
Pulas mengikut arah jam
Mengurangkan masa
Pulas melawan arah jam
Peringatan : Ketuhar penggoreng elektrik ini didatangkan dengan suis mikro. Alat perlindungan ini diaktifkan
apabila pintu di buka semasa ketuhar penggoreng elektrik sedang beroperasi, perkakas ini akan berhenti memanas,
kipas dan motor pemutar juga akan berhenti, masa akan dihentikan sehinggalah pintu ditutup dengan kemas,
di mana perkakas akan beroperasi semula dan pengiraan masa akan diteruskan.
Perkakas pelbagai fungsi ini bukan hanya boleh digunakan sebagai ketuhar penggoreng elektrik tetapi juga sebagai
ketuhar biasa, dengan pelarasan mudah yang menyenangkan anda beserta kepelbagaian tanpa had. Tempoh
pembakaran bagi makanan berasaskan ketuhar selalunya lebih pendek.
Menggoreng Kentang Sejuk Beku / Kentang Segar / Sayur-sayuran / Kekacang.
1. Letakkan ketuhar penggoreng elektrik secara stabil, mendatar, di permukaan rata. Keluarkan semua aksesori dan
bersihkan dengan teliti.
2. Pasangkan plug ke dalam soket.
3. Lakukan pra-pemanasan terhadap ketuhar penggoreng elektrik selama 3 minit pada suhu 190°C.
4. Letakkan periuk menggoreng secara stabil, mendatar, di permukaan rata. Pasangkan bilah pemusing dengan
penyambung periuk menggoreng, kemudian masukkan kentang dengan jumlah sederhana ke dalam periuk
menggoreng (sila rujuk program auto atau resepi).
1
2
3
5. Masukkan periuk menggoreng ke dalam ketuhar penggoreng elektrik dengan menggunakan sarung tangan,
dan pasangkan dengan kemas di mana anda akan mendengar bunyi “klik”. Tutup pintu dan tetapkan masa dan
suhu untuk mula memasak.
6. Buka pintu dengan menarik pemegang, dan gunakan sarung tangan untuk mengeluarkan periuk menggoreng dan
letakkannya secara stabil, mendatar, di permukaan rata. Gunakan pelapik atau sesuatu yang serupa bagi
mengeluarkan periuk menggoreng.
7. Hidangkan makanan yang telah tersedia ke atas mangkuk atau pinggan dengan menggunakan penyepit atau
sesuatu yang serupa. Matikan suis perkakas sekiranya anda tidak ingin menggunakannya lagi. Tekan butang
“on/off” dan cabut keluar plug dari soket.
PERINGATAN: Jangan penuhi periuk menggoreng melebihi aras penentu MAX.
PERINGATAN: Adalah digalakkan untuk memeriksa dari luar tingkap kaca bagi memastikan warna keemasan
sekata dari semua sisi. Sekiranya perlu, buka pintu dan periksa, masa akan berhenti jika ini dilakukan tetapi
elemen pemanas hanya akan berhenti sehingga pintu ditutup semula.
PERINGATAN: Jangan sentuh periuk menggoreng atau sebarang aksesori, ianya mungkin amat panas. Berhati-hati
agar tidak melecur. Gunakan pelapik atau sesuatu yang serupa semasa mengeluarkan periuk menggoreng.
60
50
40
30
20
10
OFF
60
50
40
30
20
10
OFF