54
Bahasa M
ala
ysia
55
Bahasa M
ala
ysia
6
2
3
4
5
Hidupkan set kepala anda
• Tekan butang jawab/tamat untuk menghidupkan set kepala anda .
• Tekan dan tunda butang jawab/tamat untuk mematikan set kepala anda .
Pasangkan dengan telefon anda
Sebelum anda menggunakan Jabra BT500v, anda perlu untuk berpasangan dengan
telefon bimbit anda .
1. Letakkan set kepala dalam mod berpasangan
• Pastikan set kepala dihidupkan .
• Tekan butang berpasangan yang bertanda .
2. Set telefon Bluetooth anda ke ‘mengenali’ Jabra BT500v
Ikuti panduan arahan telefon anda . Biasanya, ini bererti pergi ke menu ‘persediaan’,
‘sambung’, atau ‘Bluetooth’ pada menu telefon anda dan membuat pilihan untuk
‘mengenali’ atau ‘menambah’ peranti Bluetooth .* (Lihat contoh daripada telefon
bimbit biasa dalam rajah)
3. Telefon anda akan menemui Jabra BT500v
Telefon anda akan bertanya sama ada anda hendak berpasangan dengannya . Terima
dengan menekan ‘Ya’ atau ‘OK’ pada telefon dan sahkan dengan kunci laluan atau
PIN = 0000 (4 sifar)
Telefon anda akan mengesahkan apabila proses berpasangan telah selesai . Jika
berpasangan tidak berjaya, ulang langkah hingga 3
Menghidupkan/mematikan isyarat getaran panggilan
Jabra BT500v mempunyai ciri unik isyarat panggilan yang bergetar untuk memaklumkan
anda bahawa anda sedang menerima panggilan . Fungsi getaran didayakan apabila anda
mula-mula menghidupkan Jabra BT500v . Jika anda menghidupkan peranti dengan cara
biasa tanpa menyentuh butang kelantangan, fungsi getaran akan kekal didayakan .
. Untuk mematikan getaran, tekan butang kurangkan kelantangan ketika anda
menghidupkan set kepala .
2 . Jika anda ingin mengaktifkan semula getaran, tekan butang tambahkan
kelantangan ketika anda menghidupkan set kepala .
.
Pakailah sebagaimana yang anda suka
Jabra BT500v bersedia untuk dipakai pada telinga kanan anda . Jika anda lebih suka
memakainya pada sebelah kiri, pusingan 80° pada alat telinga MiniGel™ dengan
perlahan-lahan . Lihat raj . .
Untuk prestasi optimum, pakai Jabra BT500v dan telefon bimbit anda pada bahagian
yang sama pada badan anda atau dalam lingkungan baris penglihatan . Pada
umumnya, anda akan mendapat prestasi yang lebih baik apabila tiada terdapat
halangan antara set kepala dan telefon bimbit anda .
Cara untuk…
Menjawab panggilan
• Ketik butang jawab/tamat pada set kepala untuk menjawab panggilan .
Menamatkan panggilan
• Ketik butang jawab/tamat untuk menamatkan panggilan aktif .
Menolak panggilan (bergantung pada telefon yang menyokong ciri ini).
• Tekan butang jawab/tamat apabila telefon berdering untuk menolak panggilan
masuk . Bergantung pada pengesetan telefon anda, orang yang memanggil anda
sama ada akan dialihkan ke mel suara anda atau mendengar isyarat sibuk .
Membuat panggilan
• Apabila anda membuat panggilan dari telefon bimbit anda, panggilan tersebut akan
(tertakluk kepada pengesetan telefon) dipindahkan secara automatik ke set kepala anda .
Aktifkan dailan suara (bergantung pada telefon anda yang menyokong ciri ini)
• Ketik butang jawab/tamat . Untuk keputusan yang terbaik, rakam tag dailan suara
menerusi set kepala anda . Sila merujuk manual pengguna telefon anda untuk
maklumat lanjut mengenai penggunaan ciri ini .
Dailan semula nombor terakhir (bergantung pada telefon anda yang menyokong
ciri ini)
• Tekan butang jawab/tamat .
Panggilan menunggu dan menunda panggilan (bergantung pada telefon anda
yang menyokong ciri ini)
Ini membolehkan anda menunda panggilan ketika dalam perbualan dan menjawab
panggilan menunggu .