(Rajah 121)
• Periksa tahap kehausan pada gegancu spur secara
kerap. Gantikan gelendong cekam dengan gegancu
spur jika terdapat terlalu banyak kelusuhan.
Untuk memeriksa peralatan memotong
1. Pastikan bahawa tidak terdapat rekahan pada rivet
dan mata rantai serta tiada rivet yang longgar.
Gantikan jika perlu. (Rajah 122)
2. Pastikan rantai gergaji mudah dilenturkan. Gantikan
rantai gergaji jika ia keras.
3. Bandingkan rantai gergaji dengan rantai gergaji baru
untuk menentukan sama ada rivet dan rantai yang
dipakai telah lusuh.
4. Gantikan rantai gergaji apabila bahagian terpanjang
gigi pemotong kurang daripada 4 mm/0.16 inci. Juga
gantikan rantai gergaji jika terdapat rekahan pada
pemotong. (Rajah 123)
Untuk memeriksa bar panduan
1. Pastikan saluran minyak tidak tersekat. Bersihkan
jika perlu. (Rajah 124)
2. Periksa jika terdapat gerigi pada bar panduan.
Tanggalkan gerigis menggunakan kikir. (Rajah 125)
3. Bersihkan alur di dalam bar panduan. (Rajah 126)
4. Periksa kelusuhan pada alur di dalam bar panduan.
Gantikan bar panduan jika perlu. (Rajah 127)
5. Periksa jika hujung bar panduan adalah kasar atau
amat lusuh. (Rajah 128)
6. Pastikan gegancu hujung bar berputar secara bebas
dan lubang pelincir di dalam gegancu hujung bar
tidak tersekat. Bersihkan dan lincirkan jika perlu.
(Rajah 129)
7. Putar bar panduan setiap hari untuk memanjangkan
kitaran hayatnya. (Rajah 130)
Untuk membuat penyelenggaraan pada
tangki bahan api dan tangki minyak
rantai
• Alirkan dan bersihkan tangki bahan api dan tangki
minyak rantai dengan kerap.
• Gantikan penapis bahan api setiap tahun atau
dengan lebih kerap jika perlu.
AWAS: Pencemaran di dalam tangki
menyebabkan pincang tugas.
Untuk membersihkan sistem penyejuk
Sistem penyejuk memastikan suhu enjin rendah. Sistem
penyejuk merangkumi kemasukan udara pada
penghidup (A), plat panduan udara (B), tuas pada roda
tenaga (C), sirip penyejuk pada silinder (D) dan penutup
silinder (E).
(Rajah 131)
1. Bersihkan sistem penyejuk dengan berus setiap
minggu atau dengan lebih kerap jika perlu.
2. Pastikan bahawa sistem penyejuk tidak kotor atau
tersekat.
AWAS: Sistem penyejuk yang kotor atau
tersekat boleh membuat produk
terlampau panas yang boleh
merosakkan produk.
Pencarisilapan
Enjin tidak dihidupkan
Bahagian produk untuk diperiksa
Punca yang mungkin
Tindakan
Tuas pemula
Tuas pemula tersekat.
Laras atau ganti tuas pemula.
Bersihkan sekeliling tuas.
Beritahu bengkel servis yang dilulus-
kan.
Tangki bahan api
Jenis bahan api yang salah.
Kosongkan tangki bahan api dan isi-
kan bahan api yang betul.
Tangki bahan api diisikan dengan mi-
nyak rantai.
Jika anda telah mencuba untuk
menghidupkan produk, rujuk kepada
wakil penjual servis. Jika anda belum
lagi menghidupkan produk, kosong-
kan tangki bahan api.
930 - 003 - 06.03.2019
205
Summary of Contents for 120
Page 5: ...72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 C A B 94 95 96 97 ...
Page 7: ...128 129 130 B C D A E 131 ...
Page 51: ...H37 4 0 mm 5 32 pulg 505 24 37 01 0 65 mm 0 025 in 30 80 930 003 06 03 2019 51 ...
Page 71: ...H37 4 0 મીમી 5 32 ઇંચ 505 24 37 01 0 65 મીમી 0 025 ઇંચ 30 80 930 003 06 03 2019 71 ...
Page 93: ...H37 4 0 लममी 5 32 इंच 505 24 37 01 0 65 लममी 0 025 इंच 30 80 930 003 06 03 2019 93 ...
Page 185: ...H37 4 0 कममी 5 32 इंच 505 24 37 01 0 65 कममी 0 025 इंच 30 80 930 003 06 03 2019 185 ...
Page 327: ...930 003 06 03 2019 327 ...