– 63 –
BAHASA
MALA
YSIA
PENJAGAAN
1
2
3
Kerja pembersihan dan penjagaan hendaklah dilakukan apabila lampu penapis menyala. Sebelum
kerja pembersihan, hentikan operasi dan keluarkan plag bekalan kuasa.
!
PERHATIAN
1. PRA-PENAPIS
Pra-penapis perlu dibersihkan kerana ia menyedut habuk di dalam bilik. Apabila pra-penapis diliputi
oleh habuk, ia akan menghalang pengaliran udara dan kesan pendinginan juga akan berkurang.
Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan bunyi bising. Pastikan pra-penapis dibersihkan mengikut
prosedur di bawah.
Buka panel depan dan keluarkan pra-penapis
●
Angkat dan keluarkan penapis pembersih udara
daripada pra-penapis dengan perlahan.
●
Bersihkan habuk daripada pra-penapis dan
penapis pembersih udara dengan pembersih
vakum. Jika terdapat terlalu banyak habuk,
bilaskan di bawah aliran air paip dan berus
perlahan dengan berus yang lembut. Biarkan
kering di tempat yang teduh.
●
Masukkan semula pra-penapis ke rangka pra-
penapis. Pastikan bahagian pra-penapis yang
bertanda "FRONT" menghala ke atas dan
sorongkan pra-penapis ke kedudukan asalnya.
●
Setelah memasang penapis itu, tekan panel
depan mengikut 3 anak panah yang ditunjukkan
dan tutup.
!
PERHATIAN
●
Jangan cuci dengan air panas yang suhunya lebih dari 40°C. Pra-penapis mungkin mengecut.
●
Selepas mencucikannya, goncangkan pra-penapis untuk keluarkan air dan keringkannya di tempat
yang teduh. Jangan terdedah terus kepada cahaya matahari kerana pra-penapis mungkin mengecut.
●
Jangan gunakan detergen pada pra-penapis kerana detergen boleh mengakibatkan ia kehilangan
keupayaan elektrostatik.
NOTA:
●
Penapis pembersih udara hendaklah dibersihkan setiap bulan atau lebih awal jika terlalu kotor.
Penggunaan yang lama akan menyebabkan ia kehilangan fungsi pewangi. Pengguna disarankan
menukarnya setiap 1 tahun bergantung kepada keperluan untuk keberkesanan optima.
RAS-VX10CF-VX13CF (BM2) 55-68 63
RAS-VX10CF-VX13CF (BM2) 55-68 63
4/14/15 2:50 PM
4/14/15 2:50 PM