– 35 –
ENGLISH
B
AHASA MALA
YSIA
PENYELARASAN PENGAWAL ALIRAN UDARA
1.
Menyelaraskan arah aliran udara kiri dan kanan
Gerakkan pengawal aliran udara menegak seperti di
dalam ilustrasi untuk menyelaras pengaliran udara
supaya mengalir ke arah kiri atau kanan.
2.
Menyelaraskan arah aliran udara ke bawah.
Semasa operasi “Pengeringan” atau “Penyejukan”,
pengawal aliran udara melintang akan diselaraskan
secara automatik supaya sesuai dengan sudut aliran
udara bagi setiap operasi. Pengawal aliran udara direka
untuk mengawal aliran udara ke arah atas dan ke bawah.
Dengan menekan butang kawalan aliran udara
automatik, pengawal aliran udara ini juga dapat
diselaraskan ke mana-mana sudut aliran udara yang
dipilih.
Dengan menekan butang ARAH ALIRAN UDARA
AUTOMATIK sekali, ia akan menghidupkan pengawal
aliran udara melintang untuk mengawal aliran udara ke
atas dan ke bawah. Dengan menekan butang kawalan
sekali lagi, pengawal aliran udara melintang akan
berhenti bergerak pada posisi semasa butang kawalan
ditekan.
Semasa operasi “Pengeringan” dan “Penyejukan”,
tetapkan pengawal aliran udara melintang supaya
bergerak dalam lingkungan yang dicadangkan di dalam
ilustrasi.
Melaraskan pengawal aliran udara akan mengawal aliran
udara supaya dapat mengurangkan suhu bilik dan
memperbaiki sebarang ketidak stabilan suhu.
Semasa operasi “Penyejukan”, jangan biarkan pengawal
aliran udara melintang bergerak ke arah lingkungan yang
ditunjukkan di dalam ilustrasi. Jangan biarkan pengawal
aliran udara melintang beroperasi melebihi masa yang
diperlukan. Titisan air mungkin akan terbentuk dan
menitis di sepanjang pengawal aliran udara melintang.
Selepas menghentikan operasi unit dengan menekan
butang kawalan, pengawal aliran udara melintang
akan bergerak ke arah posisi yang akan menutup lubang
udara keluar.
Semasa arah aliran udara automatik sedang beroperasi,
sebarang penyelarasan terhadap pengawal aliran udara
melintang secara fizikal akan mengalihkan sudut
penyelaras arah aliran udara. Walaubagaimanapun,
pengawal aliran udara akan diselaraskan secara
automatik ke arah sudut asal setelah itu. (Sekiranya
pengawal aliran udara tidak boleh kembali ke sudut asal,
hentikan operasi penyaman udara dan keluarkan plag
bekalan kuasa. Setelah itu, masukkan semula plag ke
dalam soket utama dan hidupkan semula penyaman
udara. Ini akan mengembalikan penyelaras arah aliran
udara ke sudut asal yang telah ditetapkan).
Menegak
Lebih
kurang 15°
Lebih
kurang
60°
Ketika pendinginan,
pengeringan