![Electrolux EWF1142Q7WB User Manual Download Page 80](http://html.mh-extra.com/html/electrolux/ewf1142q7wb/ewf1142q7wb_user-manual_100347080.webp)
80
www.electrolux.com
13. PERSEDIAAN PENYAMBUNGAN Wi-Fi
13.1 Muat turun dan pasang
Aplikasi “Electrolux Life”
Bab ini menerangkan cara menyambungkan
perkakas pintar kepada rangkaian Wi-Fi dan
menghubungkannya dengan peranti mudah
alih.
Dengan fungsi ini, anda boleh menerima
maklumat, memantau dan mengawal
perkakas dobi anda menerusi peranti
mudah alih anda.
Untuk menyambungkan perkakas supaya
dapat menikmati rangkaian penuh ciri dan
perkhidmatan, anda memerlukan:
* Keperluan minimum: iPhone6/iOS 9.3/Android
5.1 dan ke atas. Anda akan perlu memasang
Aplikasi Electrolux Life, mencipta akaun
Electrolux dan menerima Terma dan Syarat
serta Dasar Privasi Electrolux dalam Aplikasi
untuk menggunakan ciri-ciri bersambungan pada
perkakas dobi. Sambungan Internet dan Wi-Fi
diperlukan untuk menggunakan ciri-ciri lengkap
yang ada pada Aplikasi dan perkakas dobi.
Keperluan minimum, Aplikasi dan perkhidmatan
tertakluk pada perubahan tanpa notis.
* *Persediaan akan mengambil masa
beberapa minit bergantung pada
kelajuan rangkaian anda.
1. Pergi ke App Store/Play Store pada
peranti pintar anda.
2. Muat turun dan pasang
Aplikasi “Electrolux Life”.
• Rangkaian wayarles di rumah dengan
sambungan Internet.
• Peranti mudah alih yang bersambung
kepada rangkaian wayarles.
3. Cipta akaun Electrolux. Anda hanya
boleh mencipta satu akaun Electrolux
untuk satu produk. Akaun ini boleh
dikongsi merentasi pelbagai peranti.
4. Menyediakan perkakas anda.
Pastikan perkakas anda dipasang
palamnya dan beroperasi secara
normal, diri berdekatan perkakas itu
bersama peranti pintar anda.
Tekan pada “Appliances” (Perkakas)
di bahagian bawah skrin utama.
Tekan pada “Add Appliance” (Tambah
Perkakas) dan ikuti arahan pada
skrin.
5. Penyambungan Wi-Fi perkakas
anda. Pada mulanya perkakas
anda mencipta rangkaian Wi-Fi nya
sendiri untuk membantu persediaan.
Selepas ersediaan, rangkaian ini
hilang dan perkakas anda akan
menyambung kepada rangkaian Wi-
Fi rumah anda.
Tekan dan tahan butang sentuh
Remote selama 3 saat.
“Perisian dalam produk ini mengandungi
komponen yang didasarkan pada perisian
sumber terbuka dan bebas. Electrolux
mengucapkan terima kasih atas sumbangan
komuniti perisian dan robotik terbuka untuk
projek pembangunan. Untuk mengakses
kod sumber komponen perisian sumber
terbuka dan bebas ini yang syarat lesennya
memerlukan penerbitan, dan untuk melihat
maklumat hak cipta penuh dan syarat lesen
yang berkenaan, sila kunjungi:
http://electrolux.opensoftwarerepository.com
(folder NIU5)”
Frekuensi/
Protokol
Wi-Fi:
2.4 GHz / 802.11 bgn
Wi-Fi:
5 GHz / 802.11an
(untuk kegunaan dalaman
sahaja)
Bluetooth Low Energy
5.0:
2.4 GHz / DSSS
Kuasa
Maksimum
Wi-Fi 2.4 GHz:
<20 dBm
Wi-Fi 5 GHz:
<23 dBm
Bluetooth Low Energy
5.0:
<20 dBm
Penyulitan
WPA, WPA2
Summary of Contents for EWF1142Q7WB
Page 123: ......