
18
Penyelesaian masalah
ms
Petua:
–
Sebaik-baiknya bersihkan
bahagianbahagian serta-merta selepas
digunakan. Ini akan menghalang sisa
daripada kering dan menyerang plastik
(contohnya oleh minyak pati dalam
herba).
–
Jika memproses lobak merah dan
kubis merah misalnya, bahagian plastik
berubah warna dengan saput merah, ini
boleh dihilangkan dengan beberapa titis
minyak masak.
Membersihkan blok motor
■ Cabut palam sesalur.
■ Lapkan blok motor dengan kain lembap.
Jika perlu, gunakan sedikit detergen.
■ Kemudian lap kering.
Membersihkan pemegang bilah
W
Risiko kecederaan daripada bilah
tajam!
Jangan menyentuh bilah pengadun dengan
tangan terdedah. Bersihkannya dengan
berus.
Jangan membasuh pemegang bilah dalam
pembasuh pinggan mangkuk, tetapi di
bawah air yang mengalir menggunakan
berus. Jangan biarkan dalam air! Tanggalkan
pengedap untuk pembersihan.
Membersihkan pengadun
Jag pengadun, sisipan smoothie, tudung
dan cawan penyukat adalah kalis pembasuh
pinggan mangkuk.
Petua:
Tuang sedikit air dan cecair pencuci
ke dalam pengadun yang terpasang.
Hidupkan suis pada pengesetan
Q
selama beberapa saat. Tuangkan air keluar
dan bilas pengadun dengan air bersih.
Membersihkan pemotong
universal
Jag pemotong universal tidak sesuai untuk
gelombang mikro.
Penyelesaian masalah
W
Risiko kecederaan!
Sebelum membaiki kerosakan, tarik keluar
palam sesalur.
Maklumat penting
Gelang bercahaya pada suis putar berkelip
pantas
–
jika jag pengadun atau jag pemotong
universal tidak dipasang dengan betul,
–
jika jag pengadun atau jag pemotong
universal tertanggal semasa
pengendalian,
–
jika motor terhenti semasa pengendalian
disebabkan beban lampau.
Kerosakan:
Perkakas tidak boleh dihidupkan atau
perkakas dimatikan semasa kendalian.
Sebab yang mungkin:
Perkakas mengalami beban lampau
(contohnya alat tersekat dengan makanan)
dan fius elektronik telah terbelantik.
Tindakan pemulihan:
■ Setkan suis putar kepada
P
.
■ Cabut palam sesalur.
■ Hapuskan punca beban lampau.
■ Hidupkan perkakas sekali lagi.
Sebab yang mungkin:
Jag pengadun atau jag pemotong universal
telah tertanggal.
Tindakan pemulihan:
■ Setkan suis putar kepada
P
.
■ Pasang jag pengisar atau jag pemotong
universal dengan betul dan skrukannya
dengan sepenuhnya.
■ Hidupkan perkakas sekali lagi.
Maklumat penting
Jika kerosakan tidak dapat dibaiki, sila
hubungi khidmat pelanggan (lihat alamat
khidmat pelanggan di hujung buku kecil ini).