
9
Pengendalian mengikut peraturan
ms
Pengendalian mengikut peraturan
Perkakas ini hanya sesuai untuk pengunaan di dalam rumah atau
persekitaran sepertinya. Gunakan perkakas ini hanya untuk kuantiti
dan masa pemprosesan yang biasa. Perkakas ini sesuai untuk
mengacau, memukul dan mencampur bahan masak yang lembut
dan cecair seperti menguli doh lembut. Perkakas ini tidak boleh
digunakan untuk memproses bahan atau benda lain. Gunakan
perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik dan ketinggian
sehingga 2000 m di atas paras laut.
Maklumat keselamatan penting
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan simpan!
Jika perkakas diberikan kepada pihak yang lain, sertakan bersama
manual ini. Ketidakpatuhan terhadap arahan bagi penggunaan
perkakas dengan betul akan mengecualikan pengeluar dari
tanggungan liabiliti kerosakan yang berlaku.
Peranti ini boleh digunakan oleh orang yang mempunyai kekurangan
keupayaan fizikal, deria atau mental atau kurangnya pengalaman
dan / atau pengetahuan jika mereka diselia atau dipandu dalam
penggunaan yang selamat dan memahami bahaya yang timbul
daripadanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada perkakas
dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan mengendalikan
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain dengan
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mencuci atau
menyelenggara perkakas ini.
W
Risiko kejutan elektrik dan kebakaran!
Jangan letak perkakas di atas atau berdekatan dengan permukaan
panas, seperti plat panas.
Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi pada
plat penarafan. Hanya kendalikan sekiranya tiada tanda kerosakan
pada perkakas dan kord kuasa. Pembaikan pada perkasas, seperti
penukaran kord kuasa yang rosak, hanya boleh dilakukan oleh
khidmat pelanggan kami bagi mengelakkan sebarang bahaya.
Jangan biarkan kord kuasa bersentuhan dengan bahagian panas
atau menariknya di atas bahagian sisi yang tajam.
Jangan sesekali merendam unit asas ke dalam cecair atau
memegangnya di bawah air yang mengalir dan jangan bersihkannya
menggunakan pembasuh pinggan mangkuk. Jangan gunakan
pembersih wap! Jangan kendalikan perkakas dengan tangan yang
basah. Peralatan ini mestilah sentiasa dipisahkan dari punca kuasa
selepas setiap penggunaan, ketika tanpa penyeliaan, sebelum
pemasangan, penanggalan atau pembersihan dan kerosakan.
Summary of Contents for MFQ4 GB Series
Page 2: ...10 11 12 9 8 7 1 2 3 5 4 6 A ...
Page 3: ...B 1 4 5 6 7 8 2 3 a b ...
Page 26: ...6 ...
Page 27: ...6 ...